Khasiat Selada Air/Watercress

Pokok herba selada air atau lebih dikenali sebagai watercress boleh ditanam secara benih atau keratan batang. Ia mudah dan cepat tumbuh. Oleh kerana ia bersifat diuretik, sup selada air diminum sebagai tonik untuk melawaskan buang air kecil dan air besar.

Menurut:

1) Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices:

Sup selada air adalah satu remedi yang paling popular dikalangan masyarakat cina di Hong Kong dan Canton untuk merawat ulser dilidah dan bibir, lepuh (blister) dalam mulut, bengkak gusi, kerosakan gigi, nafas berbau, melegakan sakit kepala, penyakit kulit dan ‘hot flashes’.

2) Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine:

Masyarakat Parsi purba memberikan selada air kepada anak-anak mereka untuk pembangunan fizikal badan. Selada air juga digunakan untuk penyakit pundi kencing dan buah pinggang, batu karang buah pinggang, sakit sendi kronik, gangguan metabolik, letusan kulit (skin eruptions) dan anaemia.

Penyediaan:
Jus segar: 1-2 tsp, tiga kali setiap hari.
Selada air mengandungi 4 kali lebih vitamin C dari salad (lettuce) dan kalsium lebih daripada susu (whole milk). Ia merupakan salah satu sumber terkaya Vitamin A dan serat.

image
Selada air boleh juga digoreng akan tetapi daun & batangnya yang tua tidak sedap dimakan kerana mengandungi banyak sabut.

SALAD SELADA AIR & PARSNIP

Pagi tadi saya buat salad selada air dengan parsnip. Saya pernah menulis tentang khasiat parsnip dalam post yang terdahulu.Khasiat Parsnip
image

image

Bahan-bahan:
1) Segenggam selada air, ambil daun dan batang yang lembut saja
2) 1 batang parsnip di parut/ dimayang
3) 2″ halia muda dimayang
4) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
5) Sedikit cili padi dihiris nipis
6) Jus lemon
7) 1 tbsp minyak zaitun & 1tsp madu
8) Garam secukup rasa.

Caranya:
1) Bahan 1 ~ 5 dicampur dan gaul rata.
2) Kemudian masukkan bahan 6 ~ 8 ke dalam mangkuk kecil dan kacau hingga sebati dan tuang ke dalam mangkuk selada air. Gaul sehingga rata.

Selamat menjamu selera. 🙂

Ref:
1) Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine.
2) Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices

Advertisements

Subang Nenek

Pokok ini mudah tumbuh khususnya dikawasan lembap.

Herba ini dikatakan mujarab bagi merawat sakit gigi atau bengkak gusi. Sesuai digunakan bagi rawatan sementara sebelum ke klinik gigi.

Caranya adalah mengambil beberapa helai daun yang telah dibersihkan terlebih dahulu, ditumbuk lumat dan sapu pada gigi atau gusi yang sakit atau bengkak. Rasa kebas, berangin dan sedikit pedas boleh mengurangkan atau melegakan rasa sakit gigi.

image

image

Daun muda Subang Nenek boleh dibuat ulam dengan dicelur dan makan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau cecahan lain bersama nasi.

Dikatakan dengan memakan daun Subang Nenek sebagai ulam dapat merangsang pencernaan air liur bagi yang menghadapi pengeluaran air liur yang kurang, dapat merawat sembelit dan buasir

Bagi saya, rasa daun dan bunga subang nenek ini yang sedikit pedas, berangin dan kebas ini membuat ia tidak sedap dimakan sebagai ulam.
Ada pula yang mengatakan kalau makan 5 atau 6 helai daun ini akan membuat seorang itu merasakan seolah-olah dia tidak mempunyai gigi disebabkan oleh rasa kebas dari daun subang nenek itu.. 🙂