Daging Minyak Sapi

Assalamualaikum

Hari ini saya kongsi satu lagi menu yang simple tapi sedap.
Kata anak saya, ” hidangan ini jangan dimasak selalu, nanti naik berat badan” hehe..

image

Bahan-bahan:

1) 350g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
2) 3 labu bawang besar dibelah 8
3) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) Sedikit cili padi
5) 1/2 cawan minyak sapi/ghee
6) 1 sudu teh serbuk kunyit
7) Garam secukup rasa

Cara:

1) Gaul daging dengan kunyit dan garam
2) Panaskan minyak sapi ke dalam kuali, goreng bawang besar sehingga kekuningan.
3) Masukkan daging, bawang putih dan cili padi.
4) Masak sehingga daging sedikit garing.

Selamat menjamu selera!

Nasi Kurau & Daging Serai

Assalamualaikum

Menu kesukaan anak-anak saya 🙂

Jom try!
image

image

NASI KURAU
Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk besar nasi sejuk
2) 1 sudu besar penuh minyak sapi
3) 5 ulas bawang putih, buang kulit dan cincang halus
4) Ikan kurau masin dihiris kecil-kecil (banyak sedap)
5) 6 tangkai cili kering, digunting dan buang biji
7) 1 kiub ikan bilis maggi dihancurkan
8) 5~6 keping daun limau purut, buang urat dan gunting/hiris halus

Cara:

1) Panaskan minyak sapi. Tumis bawang putih dan ikan masin kurau sehingga kuning
2) Masukkan cili kering dan serbuk ikan bilis, kacau rata
3) Masukkan nasi sejuk, gaul sehingga rata
4) Masukkan daun limau purut. Kacau nasi dan masak atas api lama sedikit.
5) Kalau masukkan secukup ikan kurau masin, tidak perlu tambah garam

Anak saya suka juga makan nasi kurau dengan telur dadar 🙂

DAGING SERAI

Bahan-bahan:

1) 350g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
2) 7 ulas bawang putih berkulit diketuk dan dicincang halus
3) 3 batang serai dihiris nipis dan dicincang
4) Cili padi dihiris
5) Sedikit serbuk kasar lada hitam
6) Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumis bawang putih dan serai sehingga kuning
2) Masukkan daging, besarkan api dan goreng daging sehingga kering
3) Masukkan lada hitam dan akhir sekali garam secukup rasa

Yummy! 😀

Selamat menjamu selera..

Daging Asam Sos Tiram

As salam

Menu untuk malam ini..

image

Bahan-bahan:

1) 300g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
2) 3 ulas bawang putih dicincang halus
3) 1/2″ halia dicincang halus
4) 7 tangkai cili kering dipotong dan buang biji
5) Air asam jawa
6) 2 sudu besar sos tiram
7) Serbuk kasar lada hitam
8) 1 labu bawang besar dihiris bulat
9) Garam jika perlu

Cara:

1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan
2) Masukkan cili kering dan goreng sekejap dan masukkan daging
3) Goreng daging sehingga hampir kering, masukkan air asam jawa dan sos tiram
4) Masukkan serbuk kasar lada hitam. Masak daging sehingga kering
5) Akhir sekali masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang layu
6) Masukkan garam secukup rasa jika perlu

Selamat menjamu selera 😀