Buah Cepu

Buah Cepu dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti cerapu, mencepu, kecupu dan copu. Agak sukar nak dapat buah ini sebab ia bermusim. Rasanya sekarang ni dah tak ramai orang tanam pokok cepu.

Bila pandang pada buah cepu yang ranum, ia seakan buah pisang kaki tapi rasanya amat beza sekali. Ada juga rasa sedikit seperti buah manggis. Buah ini tidaklah besar, lebih kurang saiz buah limau nipis.
Buah cepu rasanya masam, sedikit manis dan bergetah. Nak makan isinya, kena picit buahnya, buang getahnya dulu… kalau tidak, melekat getah dibibir. Saya lebih suka buah cepu yang ranum dimasukkan kedalam sambal dan yang muda pula menambah rasa enak pada lauk pauk masak lemak.

BUAH CEPU
image

Buah muda biasanya dimasak dengan ikan sungai. Tapi bagi saya, sedap masukkan kedalam masak lemak daging.

MASAK LEMAK TULSI CEPU
image

Bahan:
1) 1 mangkuk besar daun tulsi
2) Cili padi & serbuk kunyit ditumbuk hancur
3) 1 mangkuk kecil, daging yang dihiris nipis
4) 3 biji buah cepu muda, dihiris
5) Santan pekat. Saya guna 3/4 santan kotak kara saiz kecil.

cara:
1) Didihkan sedikit air dan masukkan bahan yang ditumbuk dan daging.
2) Kemudian masukkan daun tulsi dan buah cepu. Akhir sekali masukkan santan dan garam secukup rasa.

Mungkin ramai tidak suka dengan daun tulsi kerana baunya yang sangat kuat. Boleh tukar dengan daun lain atau boleh juga masak ikan sungai dengan buah cepu saja. Saya suka kuah masak lemak yang pekat.. 🙂

SAMBAL CEPU
image

Bahan:
1) 9 biji cili merah dibuang biji
2) 7 biji cili padi
3) 3 biji buah cepu ranum dibelah buang biji. Kulit buah cepu tidak dibuang dan kemudian isi dan kulit dihiris nipis.

Tumbuk cili atau kisar hingga hancur dan kemudian gaul dengan buah cepu. Garam secukup rasa.

Suami saya suka sambal cepu digaul dengan durian segar. Mmm… sedap!

Daging Kiwi

How about trying this new recipe for lunch? 😉

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk daging yang telah dihiris nipis
2) 8 kuntum bunga kantan, ambil cuma bahagian tengah yang lembut. Belah dua memanjang dan mayang nipis
3) 2″ halia muda dimayang nipis
4) 2 biji buah kiwi hijau, dipotong dadu.

Cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bunga kantan dan halia sehingga kekuningan
2) Masukkan daging dan buah kiwi dan masak sehingga kering. Akhir sekali, garam secukup rasa.

Ok, selamat mencuba. Hope you’ll like it!

Daging Yummy.

Pada mulanya cadang nak bagi nama resipi ini, daging goreng rempah campur & daun limau purut, tapi panjanglah pulak, hehe..

Jom tengok resipi yang simple…
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk daging batang pinang dihiris nipis dan kecil.
2) 1 labu bawang besar dipotong kiub kecil.
3) 2 sudu halba campur/teh rempah campur.
4) 8 tangkai cili kering dihiris.
5) 3 helai daun limau purut dihiris halus.
6) Garam secukup rasa.

Cara:
1) Tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan rempah campur.
2) Kemudian masukkan daging dan goreng hampir nak garing baru masukkan cili kering.
3) Akhir sekali masukkan daun limau purut dan garam.

Ok dah ready & boleh dihidang. 😉