Asam Pedas Bawal

Teringat pada zaman muda dahulu, almaklumlah ketika tu tak pandai masak. Tiap kali bila nak masak, mesti buka buku resipi dan pasti ikut satu persatu arahan resipi. Kalau salah satu bahan tak ada, sahlah tak jadi masak. Jadi saya selalu pastikan dulu semua bahan-bahan tu ada, bila saya nak memasak. Tapi itu dulu-dulu.. Sekarang? Masak je walaupun tak cukup bahan. 🙂

Masak asam pedas ada macam-macam cara.
Ada setengah tu letak daun kesom atau bunga kantan. Tapi resipi kali ini, saya letak daun limau purut.
Berlainan daun diletakkan dalam masakan akan timbul berlainan bau dan rasa.. Saya suka bau dan rasa daun limau purut, hmm.. wangi!

Masakan asam pedas ni tak ada belacan..
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 tsp serbuk ketumbar
2) 1/2 tsp jintan putih
3) 1/2 tsp jintan manis
4) 20 cili kering, direndam air panas
5) 3 ulas bawang putih
6) 1″ halia
7) 1 labu bawang besar
8) 2 tbsp kerisik & 2~3 helai daun limau purut.
9) 1 ekor ikan bawal
10)Asam jawa + 1 cawan air, garam dan gula merah

Caranya:

1) 1~7 dikisar hingga halus.
2) Tumis bahan dikisar sehingga terbit minyak dan masukkan kerisik.
3) Masukkan air asam jawa dan daun limau purut yang diramas-ramas terlebih dahulu. Saya suka kuah yang pekat jadi tak masuk banyak air. Terpulang pada citarasa..
4) Akhir sekali garam dan gula merah secukup rasa.

Ok dah ready.. Jom jamu selera 😀

Kerapu asam purut

Untuk makan tengah hari ini saya masak ikan kerapu asam purut. Sebelum masak saya rendam ikan kerapu ini dengan 2 sudu besar tepung gandum supaya hilang bau hanyir. Masakan ini sebenarnya agak masam dan pedas sikit. Jadi boleh kurangkan  air perahan limau dan cili mengikut citarasa 🙂

Jom kita tengok resipi kerapu asam purut ni..

 

image

 

 

Bahan-bahan:

1)  3 ekor ikan kerapu
2)  3 cawan air
3)  3 batang serai diketuk
4)  7 helai daun limau purut
5)  15 biji cili padi diketuk
6)  2 biji limau nipis
7) Garam secukup rasa

Caranya:

1) Masak air hingga mendidih dan masukkan ikan kerapu, serai, daun limau purut dan cili padi.
2) Bila dah masak tutup api dan masukkan air perahan limau nipis dan garam secukup rasa

 

Tada.. 🙂  Dah pun siap untuk dimakan.

Mudahkan? Selamat mencuba