Senangin masak durian

Saya suka sangat masakan ikan patin tempoyak. Dah lama benar tak makan. Hari ini rasa teringinlah pulak tapi tempoyak tak ada, ikan patin pun tak ada. Durian segar dan ikan senangin adalah. Sebelum ini tak pernah masak lauk pauk guna durian segar. Saya fikir, cuba je lah. Kalau tak cuba mana nak tahu sedap ke tidak masakan ini, kan?

Haaaa… anak saya kata rasa masakan ini lebih kurang sama masak tempoyak. Bertambah juga dia makan, Alhamdulillah 🙂

Jom tengok resipi..
image

image

Bahan-bahan:

1/2 cawan isi durian dilenyek serta digaul sebati dengan 1/2 biji jus lemon.

1) 1 ekor ikan senangin dikerat tiga.
2) 2 ulas bawang putih
3) Cili padi
4) Serbuk kunyit/kunyit hidup
5) 1″ lengkuas
6) 1 batang serai di ketuk
7) 1 kuntum bunga kantan dibelah dua
8) Sedikit daun kesom
9) 3 keping asam gelugur & garam secukup rasa

Cara:
1) Tumbuk bawang putih, cili padi & serbuk kunyit.
2) Didihkan air secukupnya & masukkan bahan yang ditumbuk.
3) Masukkan durian dan kacau hingga sebati.
4) Kemudian masukkan ikan dan semua bahan 5~9. Bila didih renehkan sekejap.

Kalau rasa nak lebih masam bolehlah tambahkan jus lemon.

Ok, you all bolehlah try. 😀

Bebola durian untuk minum petang

Baru saja selesai masak bebola durian untuk minum petang. 🙂

image

image

Bahan-bahan:
1) Isi durian
2) Tepung pulut
3) Gula secukup rasa
4) Garam secukup rasa
5) 1 kotak santan kara, tanpa kolesterol

Cara-caranya:

1) 1~4 dicampur dan buat bulat-bulat macam kuih buah melaka
2) Masukkan bebola durian ke dalam air yang telah mendidih
3) Bebola durian akan timbul bila dah masak, keluarkan dan rendam di dalam air
4) Untuk kuah, dalam periuk masukkan santan kotak dan air dan masak.
5) Bila santan dah mendidih, masukkan tepung pulut untuk pekatkan kuah dan akhir sekali gula dan garam secukup rasa.
6) Masukkan bebola durian dan biarkan atas api kecil sekejap je dan kacau selalu.

Selamat mencuba 😉