Halia Muda Berempah

Halia segar boleh menambah perisa pada masakan serta memberi beberapa manfaat kesihatan. Ia boleh melegakan sakit perut dan mengurangkan loya. Kajian menunjukkan ia boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi serta meningkat peredaran darah.

Hari ini nak kongsi resipi masakan halia muda. Hidangan ini sesuai juga bagi wanita yang sedang dalam tempoh pantang bersalin. Halia berguna untuk beberapa masalah kesihatan selepas bersalin. Ia boleh membantu memanas dan buang angin dalam badan, meningkat aliran susu untuk ibu-ibu menyusu disamping membantu pencernaan.
Namun begitu, perlu diketahui, apa sahaja yang anda makan semasa pantang bersalin akan memberi kesan pada susu ibu dan bayi. Oleh itu mengambil apa-apa makanan herba yang berlebihan mungkin akan dapat memudharatkan bayi. Jadi bagi wanita yang menyusukan bayi, makan halia berpatutan je ya…

HALIA MUDA BEREMPAH

image

image

REMPAH CAMPUR/HALBA CAMPUR
image

Bahan-bahan:

1) 1/2 mangkuk besar halia muda yang dimayang nipis dan memanjang
2) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 1 tsp rempah campur/halba campur
4) 2 tangkai daun kari

Cara:

1) Tumis bawang putih hingga kekuningan
2) Masukkan rempah campur. Jangan goreng lama nanti rempah akan rasa pahit.
3) Kemudian masukkan halia dan goreng sehingga air halia kering atau hampir garing dan akhir masukkan daun kari dan garam.
4) Toskan.

Manfaat halia sangat banyak untuk kesihatan badan.

Jom makan.. 🙂

Daging Kiwi

How about trying this new recipe for lunch? 😉

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk daging yang telah dihiris nipis
2) 8 kuntum bunga kantan, ambil cuma bahagian tengah yang lembut. Belah dua memanjang dan mayang nipis
3) 2″ halia muda dimayang nipis
4) 2 biji buah kiwi hijau, dipotong dadu.

Cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bunga kantan dan halia sehingga kekuningan
2) Masukkan daging dan buah kiwi dan masak sehingga kering. Akhir sekali, garam secukup rasa.

Ok, selamat mencuba. Hope you’ll like it!

Citarasa Kasih

Citarasa Kasih ialah masakan Cendawan Shiitake, antara menu yang saya hidangkan semalam untuk keluarga.

Saya masukkan tomato, rosemary dan banyak halia muda ke dalam masakan ini. Selain dari menambah rasa, bahan-bahan ini mengandungi banyak khasiat.

Halia melegakan rasa mual dan loya, melancarkan perjalanan darah, membantu penghadaman dan melegakan kekejangan perut. Manakala tomato pula kaya dengan antioksidan, boleh membantu meningkatkan sistem imun. Khasiat rosemary antara lain adalah melegakan radang pada sendi.

Jom tengok.. 😉

CITARASA KASIH
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk cendawan shiitake, dibelah dua
2) 3″ halia muda, dimayang halus
3) 4 ulas bawang merah, dihiris nipis
4) 1 biji tomato, dihiris nipis
5) 1/3 tsp rosemary kering

Cara:
1) Tumis halia dan bawang merah hingga kekuningan
2) Masukkan cendawan, tomato, rosemary dan garam secukup rasa.
3) Goreng sehingga masakan hampir kering.

Ok, selamat mencuba.

Jom baca:

Khasiat Rosemary

Khasiat Halia

Khasiat Tomato