Halia segar boleh menambah perisa pada masakan serta memberi beberapa manfaat kesihatan. Ia boleh melegakan sakit perut dan mengurangkan loya. Kajian menunjukkan ia boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi serta meningkat peredaran darah.
Hari ini nak kongsi resipi masakan halia muda. Hidangan ini sesuai juga bagi wanita yang sedang dalam tempoh pantang bersalin. Halia berguna untuk beberapa masalah kesihatan selepas bersalin. Ia boleh membantu memanas dan buang angin dalam badan, meningkat aliran susu untuk ibu-ibu menyusu disamping membantu pencernaan.
Namun begitu, perlu diketahui, apa sahaja yang anda makan semasa pantang bersalin akan memberi kesan pada susu ibu dan bayi. Oleh itu mengambil apa-apa makanan herba yang berlebihan mungkin akan dapat memudharatkan bayi. Jadi bagi wanita yang menyusukan bayi, makan halia berpatutan je ya…
HALIA MUDA BEREMPAH
Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk besar halia muda yang dimayang nipis dan memanjang
2) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 1 tsp rempah campur/halba campur
4) 2 tangkai daun kari
Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan
2) Masukkan rempah campur. Jangan goreng lama nanti rempah akan rasa pahit.
3) Kemudian masukkan halia dan goreng sehingga air halia kering atau hampir garing dan akhir masukkan daun kari dan garam.
4) Toskan.
Manfaat halia sangat banyak untuk kesihatan badan.
Jom makan.. 🙂