Bercuti Di Nagoya, Jepun-Finale

Salam semua. Maaf lambat update. Busy sikit akhir-akhir ini…

Hari terakhir kami di Takayama, kami pergi ke Hida no Sato yang terletak 10 minit menaiki bas dari Takayama. Ia juga merupakan sebuah muzium terbuka yg mempamerkan lebih 30 buah rumah tradisional dari daerah pergunungan Gifu sekitar Takayama. Rumah-rumah ini telah dibina semasa zaman Edo (1603 – 1867) dan telah dipindahkan pada tahun 1971 dari lokasi asal di bawa ke sini bagi mewujudkan sebuah muzium.

Pemandang di sini sangat menarik untuk bergambar. Rasa macam berada di zaman silam. Tak boleh bayangkan betapa sejuknya duduk di rumah kayu ini di musim winter…

Ok, jom tengok gambar!


Posing beramai-ramai pakai yukata yang disediakan sebelum pulang ke Nagoya semula….

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan tentang percutian saya bersama sahabat ke Nagoya, Takayama dan sekitarnya. It was truly enjoyable!