Terasa cepat sungguh Ramadan berlalu, dah nak Syawal. Kepada teman2 dan pembaca blog saya, ingin saya mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin! Semoga kita semua berbahagia pada hari raya nanti….
Dah hampir sebulan kita berpuasa, hmm perut macam dah kempis sikit. kalau timbang badan, rasa2 macam dah kurus! , bila tengok di cermin, looks like no double chin, muka ala2 bujur sirih. Wow!
Tapi bila di kenang2kan tiap2 tahun memang selalu nampak begini!! dan mampu bertahan selama 3 atau 4 minggu je. lepas tu tau aje le hahaha…
Selama sebulan kita berpuasa, badan kita melalui proses detokfikasi. Kalau kita jaga pemakanan semasa berpuasa, InsyaAllah banyak masalah kesihatan dapat dirungkaikan. kalau dulu sakit sini sakit sana, rasanya sekarang ada kekurangan sedikit, ye tak? Banyak fadhilat berpuasa. Satu tarbiyah yang sempurna untuk umat Islam.
Raya2 sebelum ni, terhidang begitu banyak makanan di atas meja. Satu pemandangan yang menarik dan satu perbuatan yang membazir.
Tahun ni kena ada kelainan sikit supaya tidak berlaku pembaziran….. hmm kena berjimat cermat….
Sambut syawal dengan amalan sunnah, insyaAllah akan menambah pahala dan keceriaan hidup. Memperbanyakkan takbir, memuji Allah, mandi sunat raya, menjamah sedikit juadah sebelum solat, segera menunaikan zakat fitrah, solat raya dan mendengar khutbah serta ziarah menziarahi dan bermaaf maafan. Berpuasa sunat enam hari pada bulan syawal akan mendapat ganjaran yang sangat besar, seperti;
sabda Rasulullah Saw yang bermaksud ” sesiapa yang berpuasa ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan syawal, seolah2 dia telah berpuasa setahun.
(hadis riwayat muslim)
Semoga kegembiraan dan kedamaian milik kita di bulan syawal. Salam Aidil Fitri dari Kasih buat semua muslimin dan muslimat.
Selamat Eidul Fitri pd puan Kasih sekeluarga semoga keberkatan Allah melimpah ruah senantiasa.
Terima kasih dan selamat hari raya aidil fitri untuk puan juga!
Selamat hari raya
Maaf zahir batin
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin…..semoga bergembira pada hari yang mulia!!!!
Dlm suasana yg sibuk sy tetap ingat puan kasih..SELAMAT HARI RAYA SEMOGA BAHAGIA BERAYA DGN AHLI KELUARGA YG TERCINTA DN TERSAYANG.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga bergembira bersama keluarga!!!
Walaupun terlewat sikit, tapi sy tak lupa! SELAMAT HARI RAYA PUAN KASIH 😀 :-D:-D