Bilis Campur Pembuka Selera

Assalamualaikum..

Salah satu menu yang saya hidangkan semalam untuk berbuka puasa ialah bilis campur, sebagai pembuka selera..
Alhamdulillah, masakan ini menepati selera makan keluarga saya 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk ikan bilis, digoreng sehingga garing
2) 1 labu bawang besar dihiris bulat
3) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) 3 batang serai diketuk dan dipotong 3 bagi setiap batang
5) 5 tangkai cili kering dihiris
6) 5 tangkai daun kari
7) 1/3 kiub ikan bilis

Cara:

1) Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga bawang kuning
2) Masukkan cili kering, daun kari dan kiub ikan bilis yg telah dihancurkan
3) Akhir masuk ikan bilis goreng dan kacau atas api sekejap.
4) Toskan

Mengkudu Bilis

Salam & Selamat Malam

Daun mengkudu banyak khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Namun rasanya sedikit pahit, membuatkan ramai yang tidak menggemarinya. Tapi bagi saya kombinasi bahan-bahan dalam resipi ini membuatkan hidangan ini sedap terutamanya apabila dicicah dengan sambal. Menyelerakan bila makan dengan nasi panas dan ikan bakar atau ikan goreng.

Jom baca tentang khasiat mengkudu

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk daun mengkudu yang telah direbus sehingga lembut
2) 1 biji tomato dihiris nipis
3) 4 ulas bawang merah dihiris nipis
4) Cili padi merah dihiris nipis
5) 1~1 1/2 tbsp minyak bijan
6) 1/2 biji jus lemon
7) 1/2 ~3/4 kiub pati ikan bilis maggie
8) Garam secukup rasa

Cara:
1) Daun mengkudu diperah buang air dan dihiris kecil
2) Semua bahan 2~8 digaul rata dengan daun mengkudu
3) Biarkan selama 30 minit sebelum dihidang.

Selamat mencuba.

Pewarna Makanan: Adakah ia selamat?

Bahan pewarna sintetik atau tiruan sering digunakan di dalam makanan supaya makanan kelihatan lebih lazat, lebih menarik dan menyelerakan. Namun selamatkah bahan kimia ini untuk dimakan? Ramai diantara kita masih berwaspada dengan penggunaan pewarna di dalam masakan kerana terdapat laporan mengenai hubungkait antara pewarna merah no.2 dengan kanser. Pewarna merah no.2 telahpun diharamkan untuk dijual di Amerika Syarikat, namun begitu beberapa pewarna makanan lain boleh juga memberi kesan-kesan yang negatif pada kesihatan manusia.. Contohnya, pewarna kuning no.6 boleh menyumbang kepada terjadinya ketumbuhan pada buah pinggang dan pewarna kuning no.5 boleh mencetus gejala asma dan gatal-gatal. Pewarna merah no.3 juga boleh menyumbang kepada kerosakan kromosom dan tumor tiroid. Warna ini bila digabungkan dengan warna biru boleh menyebabkan penyempitan bronkus.

Satu analisis kajian pada tahun 2010, mengenai hubungan antara pewarna makanan dan kesihatan oleh The Center for Science in the Public Interest (CPSI) menemui bukti menyakinkan bahawa pengambilan pewarna makanan tiruan boleh mencetuskan masalah kegelisahan dan hiperaktif dalam kebanyakan kanak-kanak.

Ada yang mendakwa bahawa pewarna tiruan adalah toksik dan kuantitinya mungkin cukup untuk menyebabkan kanser. Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita untuk mengelak dari mengambil makanan yang mempunyai pewarna tiruan, bagi memastikan kesihatan kita sekeluarga terjamin. Emmm.. fikir-fikirkanlah.

Ok itu sajalah info tentang pewarna tiruan…

Sekarang marilah kita tengok pula resipi ikan bilis kurau yang saya masak untuk dinner semalam. 🙂

IKAN BILIS KURAU ASIN REMPAH

 

1449052935499

Bahan-bahan:

1) Segenggam ikan bilis
2) 1 labu bawang besar dihiris nipis
3) 1 sudu teh biji ketumbar
4) 1 sudu teh biji lada hitam
5) 1/2 sudu teh jintan putih
6) 1/2 sudu teh jintan manis
7) Cili padi dihiris
8) Ikan masin kurau dihiris kecil kiub (banyak ikan masin lagi sedap)

Caranya:
1) Panaskan minyak dan goreng semua bahan 2~8 sehingga bawang menjadi kekuningan dan garing.
2) Kemudian tuang bahan yang digoreng ke dalam penapis dan toskan
3) Panaskan minyak yang baru dan goreng ikan bilis sehingga garing, tuangkan ke dalam penapis dan toskan
4) Gaul rata ikan bilis dengan ikan masin. Dah pun boleh dihidang.

Selamat mencuba, masakan ini memang meningkat selera makan saya.. sekali sekala je masak ni. 😉

.

.

.

Food Coloring & Health Problems

The Dangers of Artificial Foods Colors

Artificial Food Coloring Health Effects