Teh herba untuk minuman petang

Beberapa bulan lepas, kawan ajak saya ke Sungai Buloh untuk beli pokok bunga. Masa tu cuma fikir nak beli pokok herba je. Bila terpandang pada pokok orkid kawan, saya jadi berkenan pulak pada bunga tu, beli la 3 pasu. Alhamdulillah pokok orkid masih segar hingga kini, walaupun begitu cuma satu pasu saja yang masih berbunga.. ๐Ÿ™‚
Selain pokok bunga orkid, saya juga beli 8 jenis pokok herba. Ketika tu punya le bersemangat nak tanam herba. Dah lama rancang dengan my only son, nak suruh dia cangkul tanah, buat petak-petak khas untuk herba, konon nak buat satu sudut ditepi rumah sebuah taman mini herba bermula dengan 8 pokok ni. Dulu plan, kalau herba-herba ni hidup subur, segar bugar dan matang boleh le tuai daun-daun nya, keringkan dan simpan. Malangnya impian nak buat taman herba ni tak kesampaian. My only son sibuk dan saya pun sibuk juga hehe… pokok herba yang ada tu pun dah layu dan kering. Nampaknya kena beli semula pokok herba kalau nak jayakan rancangan yang belum menjadi ni.

Anyway baru-baru ni beli 4 jenis daun herba yang telah dikeringkan. Dah lama tak beli peppermint (pudina) dan sage. Stinging nettle (jelatang) dan dandelion,herba kesukaan saya,sentiasa ada stok di rumah, selalu beli yang dalam kapsul.

image

Organic herbs. ๐Ÿ˜‰ Dalam entri sebelum ni pernah tulis tentang khasiat dan manfaat herba stinging nettle, dandelion, sage dan pudina terhadap kesihatan badan.

image
Pudina

image
Hmm…smell so good!!
Apa yang special sangat teh herba-herba ni? Selain baik untuk badan, saya minum kerana ia sedap ๐Ÿ˜‰ tiap kali minum rasa puas dan boleh hilang dahaga serta merta…Kalau tak sedap, mungkin rasanya tak minum . Buat apalah nak kerut-kerutkan muka, minum air yang tak sedap, kecualilah kalau terpaksa… Ye tak? Baguslah juga minuman petang saya kini teh herba, dah selalu sangat ambil herba dalam bentuk kapsul.

Wouldn’t all of you like to try.
Be adventurous! Anyway, it’s healthy. ๐Ÿ˜€

Advertisements

Khasiat Jelatang

Seluruh tanaman jelatang (stingging nettle) ditutupi dengan bulu2 halus terutama dibahagian daun dan batang. Kalau tersentuh, pohon ini akan melepas kan bahan kimia, menyegat dan mencetus keradangan sehingga menyebabkan kemerahan, gatal2, panas dan sakit. Jadi kena berhati2 dan sebaik2 nya pakai sarung tangan kalau nak potong tanaman ni. Dikatakan kalau ada arthritis dan terkena daun jelatang ni memang akan terasa sangat bisa sakitnya tetapi kesannya kemudian boleh memberi kelegaan sementara bagi pesakit arthritis. Bila dimasak, bahan kimia yang menyengat akan musnah dan jelatang boleh dikendali dan makan tanpa insiden menyengat.

image
(Saya pernah juga ambil daun jelatang yang dikeringkan jadikan sebagai teh herba, tapi yang kapsul lagi le mudah. Dikatakan lebih berkesan jika buang kapsul dan kacau dalam air dan minum)

Daun jelatang bila dimasak kaya dengan vitamin A, C dan zat mineral besi, kalium, mangan dan kalsium adalah antara remedi herba yang paling berharga dan selamat dimakan. Di Eropah daun jelatang sering digunakan sebagai tonik di musim bunga.

image

Jelatang mempunyai kesan lembut, merangsang sistem limpa, menghasilkan perkumuhan bahan buangan melalui buah pinggang. Jelatang juga menggalakkan penyingkiran asid urik dari sendi, berkesan untuk menghadam protein, sebagai diuretik jelatang meningkat aliran air kencing. Jelatang penawar untuk arthritis, sakit sendi, otot, gout, infeksi saluran kencing dan sangat baik untuk anemia, keletihan dan alahan.

Jelatang mempunyai pengaruh yang berfaedah pada hormon dan membantu badan mengekalkan tulang dan sendi yang sihat. Khasiatnya sangat baik untuk ibu mengandung kerana dikatakan boleh menguatkan janin, mengurang kesakitan bersalin, menambah pengeluaran susu bagi ibu2 yang sedang menyusu, meningkatkan mood, remedi asli untuk jerawat dan apabila digunakan sebagai bilasan rambut dapat merangsangkan kulit kepala berfungsi melegakan kelemumur.
image
image
(Buku2 diatas juga digunakan untuk rujukan)

Dikatakan Jelatang boleh menghasilkan kesan2 sampingan dan berinteraksi dengan ubat. Sekiranya mengambil apa2 ubat dan merancang hendak mencuba herba ni, dapatkan dulu nasihat doktor.

Jelatang dan Dandelion

Minat saya pada herba bermula bila saya baca tentang jelatangย  dan dandelion kira2 10 tahun yang lalu.Sebelum itu saya pernah menghadapi sakit yang amat teruk dibahagian belikat bawah bahu. Berbagai cara saya cuba bagi menghilang kesakitan. Syukur kepada Allah akhirnya saya berjaya dengan meminum jus nenas hari2 selama sebulan lebih. Saya pernah tulis tentang nenas buah pilihan didalam entri sebelum ini. Bila sakit dah hilang, mula ada keinginan dalam diri ingin tahu tentang khasiat buah2an, sayuran2 dan herba2 untuk kesihatan tubuh badan.

Jelatang (stinging nettle) dan dandelion adalah dua herba yang sangat2 saya suka.
Bila saya baca mengenai jelatang dan dandelion, kedua2 herba ini menarik minat saya untuk mencuba.ย  Saya makan herba ni berbulan2 kemudian berhenti berbulan juga dan sambung semula dan berhenti lagi dan sambung balik. Itulah amalan saya hingga kini. Apakah kesannya terhadap saya? Susah nak jawab sebab saya makan bukan kerana saya sakit tapi saya makan sebagai supplement. Saya rasa best bila makan herba ini. Saya beritahu kawan2 tentang herba ni, biasalah setahu saya ramai yang tak ingin nak cuba…. Hahaha.ย  Anyway saya ada seorang kawan yang ada masalah kesihatan. Saya tidak tahu bagaimana nak jelaskan apa sakitnya dan salah satunya ialah sakit sendi2. Dia sentiasa bergantung kepada ubat doktor dan lama jugalah dia berkeadaan begitu. Satu hari saya beri dia jelatang dan dandelion. Lama juga saya menunggu reaksi daripadanya. No reaksi!! Akhirnya saya tanya dan dia jawab, dia tak makan!!!ย  hahaha.. Saya pun terdiam seketika. Ok, jawab saya.

Lama2 kemudian, dia telepon saya. ‘best lah herba2 ni, I dah tak sakit, herba ni dah habis, I nak pergi beli la. You nak tau I dah tak ambil ubat doktor, I dah berhenti makan ubat yang mengandungi steroid’ . Alhamdulillah kedua2 herba ni sangat sesuai untuk dirinya dan seperti yang sering saya katakan adakala sesuai untuk kita belum tentu sesuai untuk orang lain, sebab badan setiap individu tu tak sama.

Bagi pandangan saya kalaulah boleh cubalah elak dari mengambil ubat yang mengandungi steroid sebab kesan sampingannya boleh memudharatkan badan.

InsyaAllah esok saya sambung lagi tentang jelatang dan dandelion….