Minat saya pada herba bermula bila saya baca tentang jelatang dan dandelion kira2 10 tahun yang lalu.Sebelum itu saya pernah menghadapi sakit yang amat teruk dibahagian belikat bawah bahu. Berbagai cara saya cuba bagi menghilang kesakitan. Syukur kepada Allah akhirnya saya berjaya dengan meminum jus nenas hari2 selama sebulan lebih. Saya pernah tulis tentang nenas buah pilihan didalam entri sebelum ini. Bila sakit dah hilang, mula ada keinginan dalam diri ingin tahu tentang khasiat buah2an, sayuran2 dan herba2 untuk kesihatan tubuh badan.
Jelatang (stinging nettle) dan dandelion adalah dua herba yang sangat2 saya suka.
Bila saya baca mengenai jelatang dan dandelion, kedua2 herba ini menarik minat saya untuk mencuba. Saya makan herba ni berbulan2 kemudian berhenti berbulan juga dan sambung semula dan berhenti lagi dan sambung balik. Itulah amalan saya hingga kini. Apakah kesannya terhadap saya? Susah nak jawab sebab saya makan bukan kerana saya sakit tapi saya makan sebagai supplement. Saya rasa best bila makan herba ini. Saya beritahu kawan2 tentang herba ni, biasalah setahu saya ramai yang tak ingin nak cuba…. Hahaha. Anyway saya ada seorang kawan yang ada masalah kesihatan. Saya tidak tahu bagaimana nak jelaskan apa sakitnya dan salah satunya ialah sakit sendi2. Dia sentiasa bergantung kepada ubat doktor dan lama jugalah dia berkeadaan begitu. Satu hari saya beri dia jelatang dan dandelion. Lama juga saya menunggu reaksi daripadanya. No reaksi!! Akhirnya saya tanya dan dia jawab, dia tak makan!!! hahaha.. Saya pun terdiam seketika. Ok, jawab saya.
Lama2 kemudian, dia telepon saya. ‘best lah herba2 ni, I dah tak sakit, herba ni dah habis, I nak pergi beli la. You nak tau I dah tak ambil ubat doktor, I dah berhenti makan ubat yang mengandungi steroid’ . Alhamdulillah kedua2 herba ni sangat sesuai untuk dirinya dan seperti yang sering saya katakan adakala sesuai untuk kita belum tentu sesuai untuk orang lain, sebab badan setiap individu tu tak sama.
Bagi pandangan saya kalaulah boleh cubalah elak dari mengambil ubat yang mengandungi steroid sebab kesan sampingannya boleh memudharatkan badan.
InsyaAllah esok saya sambung lagi tentang jelatang dan dandelion….
hahaha. tak makan rupanye! dandelion ni bagus utk detox kan.. penah baca dlm internet
Sy prnah tgk bunga Dandeleon dlm gambar..emm cantik! Dari kayukayan, daun..atau rempah ratus sy lebih suka teh bunga2an..tapi manalah nk cari si dandeleon ni..
Sy prnah dgr cerita dari lagenda negeri cina (suppose to be real story). Seorg puteri suka mkn dn minum teh bunga, jadi peluhnya juga berbau wangi. Puan ixora suka teh bunga..wangi tak?