Bercuti Di Nagoya, Jepun Part 6

Dari Takayama station kami ke Hida Furukawa. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. 

Hida Furukawa adalah sebuah bandar kecil di Pergunungan Gifu. Ia terletak kira-kira 15 kilometer utara Takayama. Bandar kecil ini masih mengekalkan ciri-ciri dan nilai-nilai tradisional. Tempat ini sebenarnya menarik juga tetapi masa kami sampai tu, hujanlah pula. Tapi kami teruskan juga perancangan kami untuk berbasikal di sini di bawah rintik-rintik hujan. Basah pun basahlah hehe.. Harga sewa basikal pun tak mahal sangat, dalam 350 yen untuk 2 jam. Boleh ambil peta di station keretapi untuk dijadikan rujukan.

Terdapat tempat-tempat menarik di sini untuk di lawati. Cumanya cuaca tidak menyebelahi kami. Walaubagaimanapun, pengalaman berbasikal dalam hujan bersama kawan-kawan adalah pengalaman yang menyeronokkan.   


Kami meluangkan masa di sini lebih kurang 3 jam….

Bercuti Di Nagoya, Jepun Part 3

Hari ke-2 kami di Nagoya kami pergi ke Muzium Meiji Mura..

Muzium Meiji Mura ini terletak di Inuyama. Untuk kesana kami perlu menaiki bas dari Nagoya Station. Setiba kami di sana kami di sambut oleh volunteer tour guide. Boleh google tentang volunteer tour guide service yang hanya mengenakan charge makan dan transport saja untuk guide tersebut. Bayaran masuk ke muzium hanya 1700 Yen  (RM68).

Meiji Mura adalah salah satu daripada beberapa muzium terbuka yang terdapat di Jepun dan ia dikatakan yang paling ramai dikunjungi pelawat. Kita perlu mengambil masa sekurang-kurangnya setengah hari untuk melihat seluruh kawasan muzium yang luas ini. Tetapi kami hanya meluangkan masa di sini selama 4 jam sahaja.

Meiji Mura memaparkan lebih daripada enam puluh bangunan dari zaman Meiji (1868-1912). Era ini sejajar dengan akhir zaman feudal Jepun dan seni binanya mempunyai ciri-ciri seni bina Barat… 

Gambar-gambar pada hari ke-2

Depan apartment kami yang kami book melalui Airbnb.

Sedang menunggu bas untuk ke Meiji Mura

Bersama guide kami, Naomi

Depan pintu masuk Meiji Mura

Tempat ini sangat menarik. Guide kami, Naomi banyak berkongsi info tentang sejarah bangunan-bangunan di situ….

Percutian Di Nagoya, Jepun part 2

Setiba saja di Nagoya Castle, kami terkejut! Terkejut lagi hehehe….. 

kami tidak jangka akan melihat satu pemandangan yang indah. Ya, bunga sakura menghiasi kawasan ini. Hati kami ceria seceria bunga yang kembang. Kami tahu jika kami tiba lewat seminggu ke sini, insyaAllah, tentu lebih cantik lagi tempat ini. 

Kami bersiar-siar di kawasan yang luas ini lebih dari sejam sambil merakam gambar. Terima kasih kepada Zakiah yang begitu tekun menjadi jurugambar.

Kami kemudian singgah ke Tokugawa Garden. Sekiranya kami di sini pada musim bunga sedang berkembang, pasti tempat ini akan memukau pandangan mata kami… namun begitu, taman ini tetap juga kelihatan cantik!

Dari Tokugawa Garden, kami ke Osu Kannon, (Osu Shopping Arcade Area).  Di sini terdapat anggaran lebih 1200 kedai yang menjual pelbagai barangan seperti komputer, kamera, barangan antik, pakaian, souvenir dll. serta ada cafe dan restoran.

Selepas membeli belah dan menjamu mata di Osu Arcade ini, kami pun terus pergi ke tempat penginapan. Kami tiba pada jam 6.30 petang dan Zafirah telah sedia menanti dan menyambut kedatangan kami. Di Nagoya kami tinggal di apartment selama 2 malam.

Pada percutian kami kali ini, kami memilih untuk tidak tinggal di hotel kecuali sehari sebelum pulang ke Malaysia.. Di antara sebabnya adalah, kami hendak masak kerana kami dapati di Nagoya dan Takayama sukar untuk mendapat makanan halal. Selain dari itu, sahabat kami Zaidah tidak suka pada makanan jepun. Alhamdulillah, kami buat keputusan yang tepat dalam hal ini dan ini menjadikan percutian kami kali ini paling mesra, ceria, bising dan seronok…  ðŸ˜€