Percutian Di Nagoya, Jepun Part 1

Assalamualaikum & hi everyone..

Setelah sekian lama saya menyepi dari berblog, hari ini saya terasa ingin berkongsi serba sedikit cerita tentang percutian saya baru-baru ini. Seperti biasa percutian ini telah di rancang beberapa bulan yang lalu. Selalu kami pergi bercuti berenam tapi kali ini kami berlapan pula. Anak saya Zafirah dan adik kepada teman kami, Zakiah turut serta. Zakiah bertolak dari Bangkok, manakala Zafirah pula telah berada di sana 2 minggu lebih awal dari kami kerana mengikuti kelas bahasa Jepun.

Pada 4/4/2017 jam 11.55 malam kami berlepas dari KLIA menaiki pesawat Korean Air ke Nagoya. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam dari KLIA ke Incheon Airport, Korea. Kami perlu transit di sini selama 4 jam dan kemudian meneruskan penerbangan hampir 2 jam untuk tiba di Airport Centrair Chubu, Nagoya.
Urusan di imigresen segalanya berjalan lancar. Di sini kami bertemu Zakiah. Setelah selesai solat di ruang solat yang ada di sediakan di Airport, kami terus menaiki Van yg telah kami booking terlebih awal.

Gambar di bawah semasa di KLIA, sebelum berlepas..

Di Airport Incheon, Korea

Bersiap sedia untuk menaiki pesawat ke Nagoya

Setelah semua bersedia, kami terus di bawa melawat beberapa tempat menarik di Nagoya, antaranya Nagoya Castle. Cuaca ketika itu dingin dan selesa. Sepanjang perjalanan menuju ke Nagoya Castle, kami agak terkejut kerana kami dapati tidak banyak bunga sakura ketika itu. Teringat semasa kami ke Korea dahulu, keadaan sebegini berlaku dan tertanya tanya sesama kami di mana bunga sakura.. Jadi, ini kira kali kedua lah kami terkejut hehehe..
Kami telah pilih tarikh awal April kerana sakura dijangka berkembang & lebat waktu ini. Ternyata ramalan kami meleset …

Cuti-cuti Osaka

Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah swt kerana saya dan anak-anak selamat pulang ke tanahair dari Osaka, Jepun. Pesawat mendarat di KLIA pada jam 5 petang semalam. Penerbangan dari Osaka ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 6 jam.
Selama 5 hari kami berada di sana, terasa percutian ini sangat indah dan seronok sekali, alhamdulillah.
Di sana kami berkesempatan melawat Bandar Kyoto sebanyak dua kali dan juga berpeluang melawat masjid tertua di Bandar Kobe. Waktu selebihnya kami bersiar-siar di Bandar Osaka.
Cuaca agak sejuk namun harinya sentiasa cerah, mujur juga tak hujan sepanjang kami di sana.
InshaaAllah saya akan rakamkan kisah percutian ini dengan lebih lanjut di entri yang akan datang.

Untuk hari ini saya kongsikan gambar hidangan dalam pesawat MAS dulu, hehe..

image

image