Menu sayur untuk berbuka hari ini.
Cendawan Eryngii & Jeruk Daikon Goreng.

Saya hanya tumis banyak bawang putih dan tabur serbuk kasar lada hitam. Oops jangan lupa garam secukup rasa. 🙂

♥ 😉
Dua hari sebelum ramadhan saya buat jeruk kulit cempedak ataupun disebut mandai. Ini adalah kali kedua saya membuatnya. Kali pertama saya cuma bubuh air dan garam sahaja dan saya dapati rasanya kurang enak jika dibandingkan dengan menambah cuka epal. Selepas seminggu barulah sedap mandai ini digoreng.
Jom cuba..
Cara membuat mandai:
1) Setelah semua lapisan luar kulit buah cempedak dibuang, bahagian lembut dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan, kemudian masukkan ke dalam balang kaca.
2) Masukkan 5 1/2 cawan air, 1 cawan gula molasses/1 cawan gula organik, Â 1 cawan cuka epal dan 3 tbsp garam himalayan ke dalam mangkuk besar, kacau sehingga larut dan tuang ke dalam balang kaca kulit cempedak.
3)Selepas 24 jam bolehlah di simpan dalam peti sejuk.
Mandai goreng.
1) 1 mangkuk mandai diperah buang sedikit air jeruknya dan tidak perlu dibasuh.
2) Masukkan1 tbsp serbuk kari ikan ke dalam mandai dan perap selama 5 minit. Kalau suka lebih masin bolehlah masukkan garam.
3) Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga garing dan toskan.
Bagi saya sedap betul bila dimakan dengan nasi panas.
♥ 😉
Masakan hari ini:
Asam Pedas Ikan Tenggiri & Jeruk Sawi Kerinting