Artichoke

Artichoke adalah sayur yang rendah kalori dan lemak, tetapi kaya dengan serat. Pemakanan yang kaya serat boleh membantu merawat sembelit dan membantu mengelakkan risiko kanser kolon.

SEMUA DAUN KERAS DIBUANG DAN REBUS HINGGA ISI MENJADI LEMBUT
image
Ekstrak daun artichoke sangat bermanfaat kepada pelbagai penyakit. Ia diminum bagi mengatasi pada masalah hati dan hempedu, membantu pencernaan lemak, penyakit kuning dan loya. Ia juga merangsang metabolisme, detoksifikasi dan membendung cecair dalam badan.
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine:
Teh artichoke: 1-2 tsp daun atau akar artichoke direndam di dalam secawan air yang mendidih selama 15 minit.

SEMUA DAUN KERAS DIBUANG SELEPAS DIREBUS. DIHUJUNG DAUN KERAS TERDAPAT SEDIKIT ISI YANG LEMBUT YANG BOLEH DIMAKAN.
image
ISI LEMBUT DAN SABUT
image

BAHAGIAN BERSABUT TIDAK DIAMBIL. HANYA ISI DIGUNAKAN UNTUK SALAD
image
SALAD ARTICHOKE
image
Seperti biasa, saya cuma masukkan perahan jus lemon, minyak zaitun, sedikit madu dan garam secukup rasa ke dalam salad ini.

Artichoke boleh dimakan mentah dan bagi saya ia lebih sedap daripada direbus atau dikukus. Rasa yang telah direbus sikit macam ubi keladi tapi ubi keladi lagilah sedap! 🙂

Rujukan:
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine

Advertisements

Brussels sprouts

Brussels sprouts sangat kaya dengan protein, serat, vitamin, mineral dan antioksidan. Ia adalah salah satu sayuran yang rendah kalori dan rasanya sedikit pahit.
Kajian terbaru telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam brussels sprouts menghalang aktiviti sulphotransferase enzymes yang boleh memudaratkan kesihatan dan kestabilan DNA dalam sel-sel darah putih.

image
Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 dalam jurnal “Cancer Prevention Research” mendapati bahawa Brussels sprouts mempunyai sebatian yang menghalang sel-sel kanser payudara daripada membiak.

Brussels sprouts masak lemak.

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk brussels sprouts & 1 1/2 cawan air
2) 4 biji tomato ceri dan 3 ulas bawang merah dihirs
3) 2 batang serai diketuk
4) 1 1/2″ lengkuas dihiris
5) 6 biji cili padi
6) 2″ ikan masin kurau dihiris nipis dan digoreng
7) 2/3 cawan santan pekat atau 2/3 cawan santan kotak kara tanpa kolesterol
8) Lada hitam & 1/2 tsp serbuk kasar cili padi.

Caranya:
1) Didihkan 1 1/2 cawan air dan masukkan brussels sprouts yang telah dibelah dua.
Kemudian masukkan serai, lengkuas, cili padi yang ditumbuk dengan ikan masin. Bila brussels sprouts dan lembut bolehlah masukkan tomato, bawang, serbuk cili kering dan serbuk lada hitam.
2) Masukkan santan. Masak seperti biasa.

Jom jamu selera 😀

Natural compound in Broccoli and Brussels Sprouts halts breast cancer cell growth.

Brussels sprouts and Broccoli heal triple negative breast cancer, the most deadly form!

Scientists ‘confident’ they have effective vegetable-based treatment for breast cancer

Sup Ayam Ketumbar untuk Detoks?

Resipi ini sesuai untuk mereka yang merancang nak melakukan detoks. Daun ketumbar yang dimasukkan ke dalam sup ayam ini mempunyai banyak kelebihan selain mampu menyahkan logam berat yang terdapat di dalam badan. Sering melakukan detoks membuat badan terasa lebih ringan, segar dan sihat. InsyaAllah.

Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.

Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya toksin berpotensi merbahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit.

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung
2) 4 ulas bawang putih
3) 3″ lengkuas di hiris nipis
4) 1 ikat daun ketumbar
5) Cili padi dan garam secukup rasa.
6) 4~5 cawan air

Bila air dah mendidih, masukkan ayam dan bahan lain dan rebuslah sehingga masak. Akhir sekali baru masukkan garam secukup rasa.

Jom detoks! 🙂

Bacaan lanjut: khasiat ketumbar.

Daun ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan dari beberapa jenis buah dan sayuran…