Kari Daging Kekacang

Resipi hari ini sesuai dihidang untuk sarapan pagi dan sedap dimakan dengan roti canai, capati atau pun roti naan.

Kekacang/Organic Soupmix
image

Kari Daging Kekacang
image

Bahan-bahan:

1) 100g kekacang/organic soupmix direndam semalaman
2) 150g daging batang pinang dihiris nipis dan 1 biji tomato dihiris kiub kecil
3) 3 tbsp penuh rempah kari daging
4) 5 biji ubi kentang sederhana besar dibelah empat setiap satu
5) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 3 ulas bawang putih dicincang
7) 3″ kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 4 kuntum bunga cengkih

Caranya:
1) Kekacang direbus dengan lima cawan sehingga hampir empuk
2) Masuk ubi kentang dan masak sehingga ubi kentang dan kekacang empuk. Padam api
3) Panaskan kuali dan tumis bahan 5~7 sehingga bawang kekuningan
4) Rempah kari dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata
5) Masukkan rempah kari kedalam kuali dan masak sehingga terbit minyak
6) Kemudian masukkan rebusan kekacang dan kentang, daging dan tomato ke dalam kuali
7) Masak sehingga kuah pekat.
8) Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Selamat mencuba.

Ikan bilis berempah.

Bagi peminat ikan bilis seperti saya bolehlah cuba resipi ni. Ikan bilis berempah memang sedap dimakan dengan nasi panas, menyelerakan. Sesuai juga untuk dihidangkan bersama nasi lemak. Cubalah try, mungkin anda suka 🙂

Jom kita tengok resipi ikan bilis ni.
image

image

Bahan:
1) segenggam ikan bilis
2) 11/2 sudu teh serbuk kari ikan
3) 1 sudu teh tepung beras
4) 7 tangkai daun kari
5) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang

Perap ikan bilis dengan serbuk kari dan tepung beras selama 5~10 minit. Goreng macam biasa, kemudian masuk bawang putih dan akhir sekali masukkan daun kari. Bila ikan bilis dah garing bolehlah angkat dan toskan.

Kalau suka masakan ni janganlah buat selalu, sebab kata orang ikan bilis tinggi kolesterol…