Dhal-Kari Combo

Salam semua
Lama juga saya fikir nak masak apa untuk makan tengahari tadi. Ya lah, sebab tak ada selera nak makan nasi. Akhirnya saya pilih untuk makan roti bom memandangkan ada stok dalam freezer…
Kemudian bila geledah pantri, ternampak pula kacang dhal. Maka terciptalah dhal-kari combo…
Simple je tapi sedap jugak! 😀

image

Bahan-bahan:

100g kacang dhal. Rendam selama 3 jam
200g daging lembut/ batang pinang dipotong kiub kecil
4 biji kentang (saiz sederhana besar) buang kulit dan dipotong kiub kecil
100g sayur kobis dihiris
1 biji tomato dihiris kiub kecil
5 ulas bawang putih
1 sudu teh halba campur
4 biji buah pelaga
4 sudu besar rempah kari ikan. Saya guna jenama adabi. Campur sedikit air jadikan pes.
Minyak
2 cawan air
Garam

Cara:

1) Panaskan 2 cawan air dan masukkan kacang dhal. Bila mendidih kecilkan api dan masak sehingga empuk
2) Masukkan ubi kentang ke dalam periuk kacang dhal. Kacau rata dan api masih kecil, masak sehingga ubi empuk
3) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, buah pelaga dan rempah halba campur sehingga bawang sedikit garing.
4) Masukkan tomato dan goreng sehingga hancur
4) Masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan gelap
5) Masukkan daging dan gaul rata. Bila daging hampir masak, masukkan kobis.
6) Kemudian masukkan kacang dhal dan ubi kentang ke dalam kuali daging. Akhir sekali garam secukup rasa.

Kari Udang Buah Keras

Assalamualaikum
Apa khabar semua..?
Sejak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk sehinggakan jarang dapat meng-update-kan blog kerana kekangan masa.
Walaubagaimanapun, hari ini saya berkesempatan luangkan sedikit masa berkongsi resipi mudah tapi sedap…

Jom cuba

image

Bahan-bahan:

1) 8 ekor udang besar, bersihkan dan buang urat hitam. Kulit kekalkan
2) 3 sudu besar rempah kari ikan Adabi
3) 7 biji buah keras
4) 1 sudu teh halba campur
5) 2 labu bawang besar saiz kecil dibelah 10
6) 2 ulas bawang putih
7) 5 tangkai cili kering. Hiris buang biji
7) 1/2 cawan air
8) Minyak untuk menumis
9) Garam

Cara:

1) Kisar buah keras dengan sedikit air sehingga lumat
2) Campur rempah kari dan buah keras kisar. Kacau sehingga rata
3) Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili kering dan halba campur. Goreng sehingga bawang putih kekuningan
4) Masukkan campuran rempah kari dan masak sehingga terbit minyak
5) Masukkan 1/2 cawan air dan garam. Masak sehingga mendidih, masukkan udang.

Kari Udang Tomato

Salam Jumaat.
Resipi hari ini ialah kari udang tomato berkuah pekat yang saya masak semalam. Menu yang menjadi kegemaran saya sekeluarga.

 

1448873181118

 

Bahan-bahan:
1) 12 ekor udang besar dibuang sebahagian kepala. Belah belakang udang dan buang urat hitam. Bersihkan
2) 8 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dikisar lumat
3) 1″ halia dimayang halus
4) 1 sudu teh rempah halba campur
5) 4 sudu besar rempah kari ikan adabi dicampur sedikit air dan gaul rata
6) 1 biji besar buah tomato dihiris kiub kecil
7) 1/4 cawan air & garam secukup rasa

Caranya:
1) Tumis halia dan rempah campur hingga kekuningan
2) Masukkan bawang kisar dan masak sehingga bawang kelihatan kuning
3) Masukkan pes kari dan masak hingga terbit minyak dan sedikit gelap
4) Masukkan tomato dan garam secukup rasa.
5) Akhir masukkan udang dan air. Kacau rata dan sehingga udang masak

Sedap, ♡ it 🙂