Dah lama sungguh tak masak puding som-som. Bila tengok banyak buah kiwi dalam peti sejuk, tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan puding som-som kiwi. Selain sedap dimakan segar buah kiwi juga sedap dibuat jus. Ia boleh membantu pencernaan, mengelakkan pembekuan darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung dan seterusnya melindungi kesihatan kardiovaskular. Buah yang berkhasiat tetapi agak mahal… πŸ˜‰

Bagi saya rasa yang sedikit masam membuat puding som-som ni rasa sedap.. πŸ™‚

image

Bahan-bahannya:

1) 3 biji buah kiwi, dipotong kiub
2) 2 cawan air
3) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol
4) 4~5 sudu besar gula merah/kabung atau secukup rasa
5) 1 cawan tepung beras, campur sedikit air dan gaul hingga rata
6) garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1) Masukkan air, gula dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan. Bila santan dah mula mendidih masukkan buah kiwi dan tepung beras. Kacau perlahan sehingga masak.
2) Tuangkan adunan som-som kiwi ke dalam mangkuk kecil dan sejukkan.
3) Sebelum makan tuangkan sirap gula merah. Saya masak gula dengan air dan sedikit garam. Nak pekat air gula ni saya masukkan sedikit tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air…

Saya suka som-som kiwi dimakan sejuk.

Selamat mencuba… πŸ˜‰

Advertisements

2 thoughts on “Som-som kiwi

  1. Saya suka bubur som-som. Tapi yang plain makan dgn air gula melaka tu la. Terus teringat, kali pertama buat masa anak dara dulu, saya buat tapi tak boh santan. Bantai kena gelak. Mak saya terus alter balik, baru boleh makan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s