Jenahak Lengkuas Muda

Untuk makan malam tadi, saya goreng ikan jenahak dengan lengkuas muda. Bagi saya lengkuas muda bila digoreng sedap juga dimakan bersama nasi. Cubalah! Mana tahu masakan ini menepati citarasa anda! 😀

image

Bahan-bahan:

2 keping ikan jenahak
Serbuk kunyit
2 labu bawang besar di hiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
Cili padi (terpulang pada citarasa)di tumbuk
4 inci lengkuas muda dihiris panjang dan kasar
3 batang serai dipotong tiga setiap satu
6 helai daun limau purut di buang urat
Sedikit serbuk kasar lada hitam
1 sudu besar mentega
Garam
Minyak

Cara:

1) Ikan jenahak dilumur garam dan kunyit.
Goreng ikan sehingga garing dan toskan
2) Panaskan minyak. Goreng bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga bawang putih kuning
3) Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai. Masak sehingga terbit bau dan tuang ke dalam tapis dan toskan
4) Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan bahan yg telah digoreng, lada hitam, garam dan mentega. Gaul rata.
5) Masukkan ikan dan kacau sehingga rata dan goreng sekejap

Daging Masak Lemak Lengkuas

Assalamualaikum

Malam ini saya nak kongsikan resipi yang pada saya cukup mudah penyediaannya….

image

Bahan-bahan:

1) 400g daging lembut/batang pinang dipotong tiga
2) 2/3 cawan air
3) 100g bawang merah dihiris nipis
4) 25g bawang putih dihiris nipis
5) 50g lengkuas dihiris sederhana nipis
6) 25g serai diketuk
7) 1 1/2 cawan air
8) 2/3 cawan santan kotak kara
9) 10 tangkai cili kering dihiris dan buang biji
10) 1/2 sudu teh (tsp)serbuk kunyit
11) 1 sudu besar (tbsp) kerisik
12) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
13) Garam secukup rasa

Cara:

1) Rebus daging bersama 2/3 cawan air sehingga masak. Toskan
2) Daging dihiris nipis
3) Masukkan daging dan bahan 3~13 ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih

Khasiat Lengkuas

Masakan Melayu banyak menggunakan lengkuas, selain memberi rasa yang unik, lengkuas juga mengharumkan masakan. Seperti juga halia dan kunyit, lengkuas  mempunyai khasiat yang tersendiri, memberi manfaat pada tubuh badan.

image

image

Lengkuas boleh memberi kelegaan pada penghidap penyakit arthritis dan arthritis reumatoid kerana ia mengandungi anti radang, juga membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan radang perut dan ulser. Di samping boleh membendung rasa mual dan loya (kunyah beberapa keping lengkuas segar), ia juga membersih dan meningkatkan peredaran darah. Dikatakan juga boleh merawat cirit birit, menaikkan selera makan dan menghilangkan bau mulut.
Bagi wanita di dalam pantang bersalin, digalakkan mengambil lengkuas kerana ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan lebihan angin didalam badan.
Jus lengkuas yang sangat berkhasiat boleh di jadikan sebagai minuman kesihatan.

Tumbok lengkuas hingga hancur dan air perahan lengkuas (1 tsp) dengan secawan air suam2 kuku. kalau tak suka minum begitu, boleh le masukkan madu!!

Selamat mencuba 🙂