Salad jeruk & herba

Untuk peminat salad seperti saya,

Jom cuba salad ini.
image

Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk jeruk sawi kerinting dihiris nipis. Perah, buang air jeruk
2) 3 biji timun kerdil dibelah empat & dihiris kiub
3) 1/2 biji tomato dihiris kecil
4) 1 ikat kecil daun putat dihiris
5) 1 ikat kecil daun tenggek burung dihiris
6) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
7) 1 1/2 tbsp minyak bijan
8) Sedikit jus lemon, serbuk kasar lada hitam & garam
9) kalau suka pedas hiris sedikit cili padi.

Gaul semua bahan sehingga rata dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Makan salad hampir setiap hari boleh menjadi salah satu daripada tabiat makan yang paling sihat. Ia juga salah satu hidangan yang paling mudah disediakan.♥ 😉


Cara buat jeruk

Khasiat jeruk

Makanan sihat

Mari berbuka puasa dengan masakan yang sihat..

Jom cuba resipi-resipi ini.

KERABU IKAN TENGGIRI

 

1449052098380

Bahan-bahan:

1) 1 keping ikan tenggiri dilumur sedikit garam dan dikukus sehingga masak.
2) 1 kuntum bunga kantan, 1 labu bawang besar dan 1 biji tomato di hiris nipis.
3) 3 tangkai daun bawang dan segenggam daun ketumbar dihiris kasar.
4) 1 cili merah dan 2 cili padi, kalau suka pedas kena tambah cili padi, dihiris halus.
5) jus dari 1/2 biji lemon atau lebih kalau suka masam, 1 sudu besar minyak zaitun, 1/2 sudu besar madu dan garam secukup rasa

Caranya:

1) Ikan tenggiri di hancurkan
2) Bahan 2~5 di campur dan di gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan ikan tenggiri dan gaul hingga rata.

KUKUS SENANGIN

 

1449052208306

Sumbat sebanyak yang suka halia muda dan bawang putih yang telah dimayang dan digaul sebati dengan garam dan 1 sudu besar minyak zaitun kedalam ikan yang dibelah. Kukus sehingga masak.

SUP IKAN HERBA KETUMBAR

 

1449052299527

Rebus ikan sehingga masak dan masukkan daun ketumbar yang dihiris. Akhir sekali masukkan lada hitam, jus lemon, sedikit minyak zaitun dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba 🙂