Ikan Jenahak Masak Tempoyak

Assalamualaikum

Resipi hari ini adalah untuk mereka yang gemar masakan gulai tempoyak..

image

Bahan-bahan:

1) 2 keping ikan jenahak
2) 2 cawan air
3) 4 sudu makan penuh tempoyak
4) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
5) Cili padi merah
6) 1 batang serai diketuk
7) 2cm kunyit segar
8) 6 tangkai daun kesum
9) Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumbuk kunyit segar dan cili padi sehingga hancur
2) Panaskan air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk, serbuk kunyit, serai dan tempoyak. Kacau sehingga sebati dan masak sehingga mendidih
3) Masukkan ikan, daun kesum dan garam. Kecilkan api dan reneh sehingga ikan masak.

Selamat mencuba

Pegaga Masak Tempoyak

As salamu alaykum wa rahmatullah

Selera kasih hari ini, pegaga masak tempoyak. 🙂

Pegaga yang saya gunakan untuk masak hidangan ini bukanlah yang sering dimakan sebagai ulam atau yang jenis tebal dan berkilat. Ia adalah jenis yang biasanya orang kisar atau pun dijuskan untuk minum. Daunnya kelihatan sama seperti yang dibuat ulam cuma bezanya ia besar dan batangnya panjang hampir 1 kaki. Rasanya pun kurang pahit. Bagi saya, daun pegaga jenis ini memang sedap dimakan kalau dimasak. Sebenarnya saya jarang temui pegaga jenis ini, terlupalah pula nak rakamkan gambar hehe.. Anyway, jom tengok resipi.

image

Bahan-bahan:
1) 2 ikat ulam pegaga/1 mangkuk besar pegaga
2) Cili padi & serbuk kunyit ditumbuk
3) 2 batang serai diketuk
4) 2 tbsp penuh tempoyak
5) 6 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 1/3 cawan air
7) Segenggam ikan bilis
8) 1/2 cawan santan pekat segar/ santan kotak kara.

Caranya:
1) Pegaga dibersihkan. Batang keras dihiris buang
2) Masukkan bahan 1~7 ke dalam periuk dan masak diatas api yang kecil sehingga daun pegaga lembut dan kuah pekat. Kena kacau selalu.
3) Akhir sekali masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.

Dah siap, mudah je kan? 🙂