Cendawan Hitam Organik (Organic Black Fungus)

Baru saja selesai masak sup cendawan hitam dan sekarang pula nak cerita serba sedikit mengenai khasiat cendawan hitam yang sangat popular di kalangan kaum cina kerana ia sering di jadikan ramuan biasa dalam masakan mereka.

Cendawan hitam, biasanya dijual dalam bentuk kering ini mengandungi pelbagai mikronutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Dalam perubatan herba tradisional cina, cendawan hitam dianggap seperti aspirin kerana ia mampu mencairkan darah untuk mengelakkan pembekuan darah dari terbentuk, meningkat peredaran darah dan mencegah dari penyakit kardiovaskular.
Ia juga membersih paru-paru dan usus dan manfaat untuk pendarahan rahim, buasir, tekanan darah tinggi dan kolesterol.

Penyelidik mengesahkan 1 gram cendawan hitam mengandungi 154mcg trifosfat, disamping bahan kimia lain yang tidak dikenali menyumbang kepada keupayaan untuk menghalang pembekuan darah.
Polisakarida dan bahan kimia fenol dalam cendawan hitam bukan sahaja menghalang pertumbuhan tumor dan mencegah banyak jenis penyakit kronik seperti kanser dan strok malah ia juga dikatakan boleh meneutralkan kesan sampingan kemoterapi dan radiasi.

Cendawan hitam organik
image

Sup Cendawan
image

Black Fungus Soup ~ it is a very good blood tonic. ๐Ÿ˜€
image

Bahan-bahan:

1) 1/2 cawan cendawan hitam
2) 5 cawan air
3) 4″ halia
4) 2tbsp ikan bilis direbus dengan 1 cawan air selama 5 minit, tapis dan ambil air rebusan
5) 3tbsp minyak zaitun
6) Lada sulah dan garam secukup rasa

Basuh cendawan hingga bersih dan masuk kedalam periuk berisi 5 cawan air. Rendam selama 2 jam. Jangan buang air rendaman kerana banyak khasiat didalamnya. Kemudian masak atas api dan masukkan air ikan bilis dan halia, rebus selama 1 jam diatas api yang kecil. Periuk hendaklah di tutup ketika memasak cendawan. Tutup api dan masukkan minyak zaitun, lada sulah dan garam secukup rasa.

Bagi saya walaupun resipi ini mudah dan tak perlu banyak bahan, ia sedap… ๐Ÿ˜‰

Cuba la..

Khasiat Bawang Putih

Ramai yang tidak sanggup makan bawang putih mentah kerana bau yang tidak menyenangkan pada mulut dan juga nafas. Namun begitu khasiat bawang putih amat dikagumi. Terlalu banyak manfaat untuk tubuh badan.

image

Adakah khasiat bawang putih akan berkurangan atau hilang sekiranya dimasak? Ada yang mengatakan ya dan tidak.
Terdapat enzim didalam bawang putih yang akan musnah sekiranya dimasak kerana enzim2 ini tidak akan mampu bertahan dengan suhu panas yang tinggi. Namun begitu bagaimana dengan kandungan vitamin, mineral dll?
Yang pasti tidak akan sama keberkesanan yang masak dan yang mentah pada tubuh badan. Kerana enzim memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan.

Bagaimanakah cara menghilangkan bau mulut dan nafas? Boleh kunyah bunga cengkih atau daun pasley.

Khasiat? Meningkat kadar kolesterol hdl dan menurunkanย  ldl. Membantu proses pencernaan, mengeluarkan tosik, dapat menurun kadar gula dalam darah, mencairkan darah, mencegah penyakit jantung dan pengerasan arteri, melarut lemak, meningkat sistem imun, mencegah kanser, melancar buang air kecil, merawat selsema, lelah, mencairkan kahak dan banyak lagi.
image
(Buku ini juga saya gunakan untuk sebahagian rujukan)

Cara mengambil,
2 atau 3 ulas sehari semasa makan,
1/2 atau 1 sudu teh jus bawang putih dicampur dengan madu lebah atau air.
Kalau rasa tak sanggup nak makan mentah boleh lah beli yang kapsul.
Terdapat dijual di Farmasi, Guardian, Vitacare dan supermarket.

Semoga catatan diatas dapat membantu meningkatkan kesihatan. Selamat mencuba, insyaAllah tiada kesan sampingan, tapi bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi atau kencing manis dapatkan nasihat doktor sekiranya bercadang mengambil bawang putih dalam bentuk kapsul.