Khasiat Labu

Buah labu yang sering kita masak sebenarnya mengandungi kadar vitamin A, C serta betakaroten dan zat mineral yang tinggi. Buah ni sangat baik untuk mata, kesihatan ginjal, jantung dan meningkat daya tahan tubuh. Kandungan air dan serat yang cukup tinggi mampu melancarkan pencernaan dan mengatasi keradangan pada tubuh badan.

Dikatakan isi labu (dikukus) ini sangat baik untuk kulit, boleh di buat ‘facial mask’ dan digosok pada kulit badan supaya kulit menjadi segar dan bersih.

RESIPI LABU PUDING TELUR

Petang semalam masak labu puding telur untuk juadah buka puasa

image

Kisar 1/2 cawan susu pekat + 1/2 cawan susu cair + 3 biji telur +1/2 sudu teh garam +1 tbsp  tepung jagung + 2 helai daun pandan

image

Masukkan adunan yg dikisar( tapis) kedalam labu yang telah dibuang biji ( labu ni kecil je)

image

Kukus selama 30 minit. Masa kukus tutup labu dengan baki bahagian atas labu yang dipotong ( nak panggil apa ye? Hmm.. Topi labu hahaha…)

image

Bila labu dah suam, saya bakar selama 20 minit ( suhu oven 190° C)

Buah labu banyak khasiat sebab tu saya sering masak untuk keluarga. Ada orang tak boleh makan labu, sebab angin dan sejuk. Bagi saya kalau tak ada apa2 masalah bagus makan labu ni dan galakkan anak2 kerana baik untuk tumbesaran mereka. Biasanya budak2 suka labu sebagai manisan.

Khasiat Lada Hitam

Lada Hitam, Raja Rempah?

image

Lada Hitam mempunyai rasa pedas yang kuat dan bertindak sebagai diuretik, menggalakkan tubuh badan berpeluh dan menyingkirkan toksin yang berbahaya daripada badan juga membantu proses penghadaman dan pencernaan.

Lada Hitam yang segar dikatakan yang paling mujarab dan berkesan bila digunakan untuk merawat perut kembung, senak, merangsang selera makan, menghentikan pendarahan, pedih ulu hati, cirit birit, melegakan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dan sistem penafasan, di samping itu juga dikatakan mampu mencegah penyakit kanser payu dara.

Di Malaysia, ramai wanita2 ketika dalam pantang bersalin suka mengambil lada hitam dalam makanan mereka kerana di rasakan lada hitam boleh memanaskan badan, merawat peranakan dan juga boleh melegakan otot2. Saya pernah di beritahu satu ketika dulu, ada terdapat kandungan lada hitam yang banyak didalam rempah ratus yang di jual dipasaran untuk ibu2 yang bersalin. Tak pastilah pulak sejauh mana kebenaran itu.

Petua untuk menghilang kotoran pada kulit dan membuat kulit menjadi segar dan ‘glowing’
Ambil secubit lada hitam yang di hancurkan halus + 1 sudu teh gula + minyak zaitun digosok perlahan2 pada kulit (sebagai agen penglupasan). Saya sendiri tidak pernah cuba jadi tidak dapat nak sahkan samaada petua ini benar2 berkesan atau pun tidak.

Lada Hitam akan hilang aroma dan perisa jika sekiranya terdedah kepada cahaya dan udara terlalu lama.

Pernah tak makan ais krim lada hitam? Saya? tak pernah. Dengar kata sedap!! InsyaAllah kalau jumpa ais krim lada hitam nanti nak cuba le…

Khasiat Barley Grass.

Kandungan alkali yang tinggi dalam barley grass sangat berguna untuk mengimbangi asid dalam tubuh kita.

image

image

Barley grass kaya dengan vitamin, garam mineral, klorofil dan SOD iaitu enzim antioksida yang membantu melenyapkan radikal bebas, mengimbangi ph darah,membekalkan nutrient yang diperlukan oleh sel2 badan, membantu dalam proses pencernaan dan penyingkiran toksin.

Dr.Yoshihide Hagiwara, saintis dan pakar perubatan mengkaji khasiat pelbagai jenis tumbuhan dan mendapati daun barli hijau mempunyai sumber khasiat yang terkaya berbanding dengan tumbuhan2 lain dan mengesahkan boleh meningkat stamina, sangat berkesan merawat ulser, mengurangkan sakit sendi dan otot juga boleh meningkat daya sistem pertahanan tubuh. Disamping itu juga dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.

image