Buah labu yang sering kita masak sebenarnya mengandungi kadar vitamin A, C serta betakaroten dan zat mineral yang tinggi. Buah ni sangat baik untuk mata, kesihatan ginjal, jantung dan meningkat daya tahan tubuh. Kandungan air dan serat yang cukup tinggi mampu melancarkan pencernaan dan mengatasi keradangan pada tubuh badan.
Dikatakan isi labu (dikukus) ini sangat baik untuk kulit, boleh di buat ‘facial mask’ dan digosok pada kulit badan supaya kulit menjadi segar dan bersih.
RESIPI LABU PUDING TELUR
Petang semalam masak labu puding telur untuk juadah buka puasa
Kisar 1/2 cawan susu pekat + 1/2 cawan susu cair + 3 biji telur +1/2 sudu teh garam +1 tbsp tepung jagung + 2 helai daun pandan
Masukkan adunan yg dikisar( tapis) kedalam labu yang telah dibuang biji ( labu ni kecil je)
Kukus selama 30 minit. Masa kukus tutup labu dengan baki bahagian atas labu yang dipotong ( nak panggil apa ye? Hmm.. Topi labu hahaha…)
Bila labu dah suam, saya bakar selama 20 minit ( suhu oven 190° C)
Buah labu banyak khasiat sebab tu saya sering masak untuk keluarga. Ada orang tak boleh makan labu, sebab angin dan sejuk. Bagi saya kalau tak ada apa2 masalah bagus makan labu ni dan galakkan anak2 kerana baik untuk tumbesaran mereka. Biasanya budak2 suka labu sebagai manisan.
Whuaa..recipe labu ni yg pa..aling best sbb xpayah buang kulit!
Blog puan ni best sgt, bila beri resepi, puan tunjuk dgn gambar2 masakn skali, (puan betul2 masak smue tu! :-). Begitu juga dgn petua2 herbal..bila ada gambar senang skit nk p cari, t.kasih la byk2.