Dibengkel kereta bersama mama.

Ketika ni saya menemani mama saya di bengkel kereta, untuk servis keretanya kerana esok dia dan adik saya akan bertolak balik ke Alor Setar.

image

Bagi saya mama seorang wanita yang hebat. Di usia yang kini menjangkau hampir 73 tahun dia masih mampu memandu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana mama sentiasa sihat. Semoga mama panjang umur dan dilindungi Allah selalu.

Mama ketika muda, seorang yang pandai memasak dan menjahit. Saya tidak memiliki bakat menjahit darinya. Memasak? Kata anak2 saya masakkan saya best. Bangga juga bila dengar anak2 kata gitu.

Mama suka mengaji quran dan kadangkala dia juga mendendangkan lagu2 lama.
Mama seorang yang aktif. Adakah saya mampu aktif sepertinya jika  Allah takdirkan saya panjang usia?

” ya Allah ku pohon pada mu, kurniakan kehidupan yang terbaik untuk mama ku diDunia dan diAkhirat.”

Mama engkaulah Ratu hatiku.

Ibu, Ratu hati ku.

Diwaktu saya menghayati bait2 lagu yang sedang didendangkan oleh Datuk Sharifah Aini,”Mawar putih untuk Mama”.

“Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang2
Kau lah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku”

Saya mengelamun seketika. Terkenang pada ibu yang melahirkan dan membesarkan saya. Betapa besar jasa dan pengorbanannya pada kami adik beradik. Sanggup bersusah payah demi anak2nya.

Suatu ketika dulu saya pernah membaca satu kisah seorang ibu tua diabaikan oleh anak2nya. Sungguh menyayatkan hati di mana ibu ini dihantar ke rumah orang2 tua milik bukan islam. Bayangkan bagaimana dia nak mengerjakan ibadah dan makan minumnya?. Sedih bila membaca rintihan hati ibu tua ini. Anak2nya adalah mereka yang berjaya dalam kerjaya.
Tanpa belas kasihan tergamak mereka melakukan yang demikian. Nauzubillah. Tidakkah pernah terlintas di benak mereka, sekiranya suatu hari nanti mereka berada disitu sepertimana ibu mereka. Lupakah mereka bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Hari ini mungkin mereka merasa senang dan lapang hati kerana tidak menggalas tanggung jawab sebagai anak, yang pasti jika mereka tidak insaf dan bertaubat diatas dosa yang dilakukan,mereka akan mendapat kemurkaan Allah.
Ketenangan hati tidak akan mungkin menjadi milik mereka.

Mengapa hati mereka begitu keras? Adakah kerana jahil agama membuat mereka bertindak begitu….Adakah kerana kesenangan hidup membuat mereka lupa diri? Tidak adakah rasa kasih sayang dalam diri mereka ketika menatap wajah ibu…..tidakkah mereka sedar tindakkan itu sungguh kejamm.

Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, dapatkan sepuluh anak menjaga seorang ibu?

Sempena hari ibu, marilah kita sama2 mengenang jasa2 ibu dan kasih sayangnya serta bertekad membahagiakan mereka selagi hayat dikandung badan. Bahagia ibu bahagialah kita, insyaAllah.