Halia Muda Berempah

Halia segar boleh menambah perisa pada masakan serta memberi beberapa manfaat kesihatan. Ia boleh melegakan sakit perut dan mengurangkan loya. Kajian menunjukkan ia boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi serta meningkat peredaran darah.

Hari ini nak kongsi resipi masakan halia muda. Hidangan ini sesuai juga bagi wanita yang sedang dalam tempoh pantang bersalin. Halia berguna untuk beberapa masalah kesihatan selepas bersalin. Ia boleh membantu memanas dan buang angin dalam badan, meningkat aliran susu untuk ibu-ibu menyusu disamping membantu pencernaan.
Namun begitu, perlu diketahui, apa sahaja yang anda makan semasa pantang bersalin akan memberi kesan pada susu ibu dan bayi. Oleh itu mengambil apa-apa makanan herba yang berlebihan mungkin akan dapat memudharatkan bayi. Jadi bagi wanita yang menyusukan bayi, makan halia berpatutan je ya…

HALIA MUDA BEREMPAH

image

image

REMPAH CAMPUR/HALBA CAMPUR
image

Bahan-bahan:

1) 1/2 mangkuk besar halia muda yang dimayang nipis dan memanjang
2) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 1 tsp rempah campur/halba campur
4) 2 tangkai daun kari

Cara:

1) Tumis bawang putih hingga kekuningan
2) Masukkan rempah campur. Jangan goreng lama nanti rempah akan rasa pahit.
3) Kemudian masukkan halia dan goreng sehingga air halia kering atau hampir garing dan akhir masukkan daun kari dan garam.
4) Toskan.

Manfaat halia sangat banyak untuk kesihatan badan.

Jom makan.. 🙂

Daging Yummy.

Pada mulanya cadang nak bagi nama resipi ini, daging goreng rempah campur & daun limau purut, tapi panjanglah pulak, hehe..

Jom tengok resipi yang simple…
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk daging batang pinang dihiris nipis dan kecil.
2) 1 labu bawang besar dipotong kiub kecil.
3) 2 sudu halba campur/teh rempah campur.
4) 8 tangkai cili kering dihiris.
5) 3 helai daun limau purut dihiris halus.
6) Garam secukup rasa.

Cara:
1) Tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan rempah campur.
2) Kemudian masukkan daging dan goreng hampir nak garing baru masukkan cili kering.
3) Akhir sekali masukkan daun limau purut dan garam.

Ok dah ready & boleh dihidang. 😉

Ikan Masin Kurau & Rempah Campur

Ikan masin kurau adalah favourite kami sekeluarga. Saya jarang masak ikan masin tapi sekali sekala tu bila dah masak memang makan nasi akan bertambah-tambah! Kadang-kadang tu saya suka juga masukkan sedikit ikan masin ke dalam salad atau sayur, sedap hehe…

Mari tengok masakan ikan masin kurau.. 😉

image

image

Bahan-bahan:

1) 10 ketul kecil ikan masin kurau
2) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 1 labu bawang besar dihiris nipis
4) 1 sudu teh rempah campur/halba campur
5) 5 tangkai daun kari diraut
6) Jus lemon

Cara masak:
1) Goreng ikan masin hingga masak dan toskan
2) Panaskan minyak (jangan guna minyak ikan masin) dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan dan kemudian masukkan rempah campur dan daun kari. Kemudian masukkan jus lemon secukup rasa.
3) Akhir sekali masukkan ikan masin ke dalam bahan rempah dan goreng sekejap.

Hmmm….saya suka bau masakan ini dan sedap dimakan dengan nasi putih panas, menyelerakan 🙂