Bunga Kekwa/Chrysanthemum menyejukkan badan?

Masa zaman remaja, suka sangat teh bunga kekwa ni. Setiap kali balik sekolah selepas aktiviti sukan cepat-cepat pergi beli air kekwa untuk hilangkan dahaga.

image
Teh bunga kekwa popular dalam perubatan tradisional cina. Saya masukkan 1 tbsp bunga kekwa dalam secawan air panas. Tutup cawan. Biarkan selama 3 minit. Saya baca, biasanya bunga ni direndam selama 5 minit, tapi bagi saya rasanya terlalu kuat. Tapis. Bunga kekwa boleh diulang tapi rasanya dah kurang sikit. Saya suka minum teh kekwa panas tanpa dimaniskan. Boleh maniskan dengan madu kalau suka..

image
Saya suka bau bunga ni, wangi! 😀 ( beli yang berkualiti rasa pun bagus). Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Bila badan rasa panas atau rasa macam nak demam, teh ni sangat sesuai diminum sebab ia boleh menyejukkan dalaman badan kita. Di syorkan minum teh kekwa apabila terlalu banyak makan makanan goreng. Dalam perubatan tradisional cina, teh ini juga diminum bagi melegakan gusi yang sakit dan berdenyut, merawat sakit kepala dan menenangkan saraf.Teh bunga kekwa tinggi kadar beta karotena baik untuk kulit dan meningkatkan sistem imun.

Teh kekwa yang dijual dalam kotak atau tin, bagi pandangan saya sangat manis…
Saya selalu pesan pada anak-anak, jauhi minuman dalam kotak atau tin kerana kandungan gula sangat tinggi. (Belilah yang tulis no added sugar). Sekarang ni ramai orang-orang muda menghidap penyakit kencing manis.Teringat pada kata-kata seorang teman yang menghidap kencing manis, “Penyakit ini susah kita dibuatnya!!”

kafein dan kesihatan

Kafein, adalah bahan yang ditemui secara semulajadi di dalam pelbagai tumbuh2an seperti biji kopi dan koko, daun teh, beri guarana dan kacang kola. Kafein adalah salah satu bahan yang paling banyak terdapat dalam minuman dan makanan. Walaubagaimanapun adalah sukar untuk mengaitkan tahap pengambilan kafein kepada kesan kesihatan kerana toleransi kepada kafein berbeza dari satu individu kepada satu individu yang lain.

Sesetengah orang lebih sensitif kepada kafein, bagi mereka ini, jumlah kecil pun boleh menyebabkan insomnia, sakit kepala dan gemuruh. Pengambilan kafein yang banyak boleh menimbulkan masalah kesihatan.
Kafein adalah peransang sistem saraf dan diuretik ( bahan yang membantu mengeluarkan cecair dalam badan ).

Kena kurang minum ni sebab banyak kafein, huhuhu…
image

Kafein di serap dan berlalu dengan cepat ke otak, tidak terkumpul di dalam darah atau di simpan di dalam badan, tetapi di kumuhkan dalam air kencing berjam2 selepas dimakan. Ia merangsang otak dan sistem saraf. Pengambilan jumlah yang banyak boleh membawa kepada ketagihan sepanjang masa dan juga mengurangkan ketumpatan jisim tulang serta mengganggu keupayaan badan untuk menyerap kalsium dan ini boleh membawa berlakunya osteoporosis, menggangu penyerapan zat besi dan magnesium, meningkat degupan jantung, loya, ulser, keresahan, insomnia, meningkat kadar kolesterol, strok, artritis reumatoid dan boleh memberi kesan kepada penyakit jantung.

Mengambil kafein dengan berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi dan menggangu pencernaan. Terdapat sesetengah ubat dan herba boleh berinteraksi dengan kafein dan jika di ambil bersama mungkin boleh menjejaskan kesan ubat atau herba kepada tubuh badan.

Bagaimanakah cara hendak mengurus ketagihan kafein? Dikatakan pengurangan pengambilan secara beransur2 adalah lebih efektif daripada perberhentian secara mendadak yang menyebabkan beberapa kesan sampingan (‘caffeine withdrawal’)

Adalah sangat penting mengurangkan pengambilan atau ketagihan kaffein kerana dikatakan kaffein boleh menyebabkan kerosakkan yang serius kepada sistem saraf.

Saya juga seperti ramai orang, suka minum kopi pada pagi dan petang; kini sedang berusaha untuk kurangkan. Walaubagaimana pun ada berpandangan setakat 2 cawan kopi sehari adalah ok. Yang pasti jangan lah sampai kita ketagihan kafein….

Khasiat Rosemary

Herba rosemary kaya dengan antioksidan. Saya suka minum begitu je. Kalau nak manis, masukkan madu.

image

image

1 sudu teh rosemary direndam dalam air panas selama 15 minit. Tapis.

Dikatakan khasiat rosemary, boleh melegakan radang pada sendi2, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan sistem imun, mengurangkan bengkak, menghilangkan sakit kepala, menguatkan daya ingatan, meningkatkan fungsi buah pinggang, melawas buang air kecil, mengurangkan serangan asthma dan awet muda (melewatkan kehadiran ‘wrinkles’). Rosemary juga kaya dengan vitamin E.

Buku ini digunakan juga sebagai sebahagian daripada rujukan
image

Bagi mereka2 yang menghidap penyakit darah tinggi atau epilepsy, dapatkan pandangan doktor sebelum mengambil rosemary. Wanita yang mengandung dan menyusu dinasihatkan tidak mengambil rosemary sebagai minuman kerana menurut American Pregnancy Association, teh rosemary boleh memudharatkan bayi yang belum lahir.