Kafein, adalah bahan yang ditemui secara semulajadi di dalam pelbagai tumbuh2an seperti biji kopi dan koko, daun teh, beri guarana dan kacang kola. Kafein adalah salah satu bahan yang paling banyak terdapat dalam minuman dan makanan. Walaubagaimanapun adalah sukar untuk mengaitkan tahap pengambilan kafein kepada kesan kesihatan kerana toleransi kepada kafein berbeza dari satu individu kepada satu individu yang lain.

Sesetengah orang lebih sensitif kepada kafein, bagi mereka ini, jumlah kecil pun boleh menyebabkan insomnia, sakit kepala dan gemuruh. Pengambilan kafein yang banyak boleh menimbulkan masalah kesihatan.
Kafein adalah peransang sistem saraf dan diuretik ( bahan yang membantu mengeluarkan cecair dalam badan ).

Kena kurang minum ni sebab banyak kafein, huhuhu…
image

Kafein di serap dan berlalu dengan cepat ke otak, tidak terkumpul di dalam darah atau di simpan di dalam badan, tetapi di kumuhkan dalam air kencing berjam2 selepas dimakan. Ia merangsang otak dan sistem saraf. Pengambilan jumlah yang banyak boleh membawa kepada ketagihan sepanjang masa dan juga mengurangkan ketumpatan jisim tulang serta mengganggu keupayaan badan untuk menyerap kalsium dan ini boleh membawa berlakunya osteoporosis, menggangu penyerapan zat besi dan magnesium, meningkat degupan jantung, loya, ulser, keresahan, insomnia, meningkat kadar kolesterol, strok, artritis reumatoid dan boleh memberi kesan kepada penyakit jantung.

Mengambil kafein dengan berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi dan menggangu pencernaan. Terdapat sesetengah ubat dan herba boleh berinteraksi dengan kafein dan jika di ambil bersama mungkin boleh menjejaskan kesan ubat atau herba kepada tubuh badan.

Bagaimanakah cara hendak mengurus ketagihan kafein? Dikatakan pengurangan pengambilan secara beransur2 adalah lebih efektif daripada perberhentian secara mendadak yang menyebabkan beberapa kesan sampingan (‘caffeine withdrawal’)

Adalah sangat penting mengurangkan pengambilan atau ketagihan kaffein kerana dikatakan kaffein boleh menyebabkan kerosakkan yang serius kepada sistem saraf.

Saya juga seperti ramai orang, suka minum kopi pada pagi dan petang; kini sedang berusaha untuk kurangkan. Walaubagaimana pun ada berpandangan setakat 2 cawan kopi sehari adalah ok. Yang pasti jangan lah sampai kita ketagihan kafein….

5 thoughts on “kafein dan kesihatan

    1. Kesan kafein pada badan sesorang tak sama, tapi kalau terasa degupan jantung laju dan tangan ketar2 dan insomnia, saya rasa tu dah bahaya!(Degupan jantung laju boleh juga disebabkan oleh masalah thyroid).

  1. Sy pun suka kopi juga..tapi lebih suka ‘avoid’. Tapi bila mula secawan mula lah lajak 2, 3 hari dn bila stop, lama juga tak minum…

  2. Memey mmg dh lama x minum kopi atau nescafe…dlm 1 tahun tu jika teringin ada juga ambil hanya 1 kali sahaja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s