Som-som kiwi

Dah lama sungguh tak masak puding som-som. Bila tengok banyak buah kiwi dalam peti sejuk, tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan puding som-som kiwi. Selain sedap dimakan segar buah kiwi juga sedap dibuat jus. Ia boleh membantu pencernaan, mengelakkan pembekuan darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung dan seterusnya melindungi kesihatan kardiovaskular. Buah yang berkhasiat tetapi agak mahal… 😉

Bagi saya rasa yang sedikit masam membuat puding som-som ni rasa sedap.. 🙂

image

Bahan-bahannya:

1) 3 biji buah kiwi, dipotong kiub
2) 2 cawan air
3) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol
4) 4~5 sudu besar gula merah/kabung atau secukup rasa
5) 1 cawan tepung beras, campur sedikit air dan gaul hingga rata
6) garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1) Masukkan air, gula dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan. Bila santan dah mula mendidih masukkan buah kiwi dan tepung beras. Kacau perlahan sehingga masak.
2) Tuangkan adunan som-som kiwi ke dalam mangkuk kecil dan sejukkan.
3) Sebelum makan tuangkan sirap gula merah. Saya masak gula dengan air dan sedikit garam. Nak pekat air gula ni saya masukkan sedikit tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air…

Saya suka som-som kiwi dimakan sejuk.

Selamat mencuba… 😉

Advertisements