Sotong Halia Purut

Semalam, salah satu menu untuk berbuka, saya goreng sotong halia purut. Resipi ini menggunakan banyak halia muda. Walaupun masakan ini simple, ia menyelerakan dan kegemaran keluarga saya..

Jom tengok resipi. 🙂

SOTONG HALIA PURUT
image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk sotong dibuang kulit dan dihiris. Toskan dan gaul dengan serbuk kunyit & garam
2) 1/2 cawan halia muda yang telah dimayang
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) 5 tangkai cili kering dihiris
5) 3 pokok daun bawang dihiris
6) 3 helai daun limau purut dicarik-carik.

Cara:
1) Tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan dan masukkan cili kering.
2) Kemudian masukkan sotong dan besarkan api supaya air sotong cepat kering.
3) Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun limau purut.

Ok, mudah je..
Selamat mencuba.

Kerabu udang & sotong

Untuk dinner semalam saya buat kerabu udang & sotong. Biasanya bila makan di luar kerabu ini di campur dengan timun, tapi timun tak ada jadi saya masukkan daun bawang. Bagi mereka yang tak suka makan udang dan sotong bolehlah gantikan dengan isi ikan tenggiri yang dikukus. Best jugak!

Bila buat kerabu ni daun ketumbar sangat penting kerana ia memberi satu rasa yang unik. Bukan tu je khasiatnya sangat baik untuk kesihatan badan kita. kalau suka letaklah lebih sikit dalam kerabu tu, janganlah banyak sangat nanti rasa lain pulak, hehehe…

 

 

 

image

image

Bahan-bahan:

1) 8 ekor sotong dibuang kulit dan dihiris.
2) 4 ekor udang, buang urat hitam tanpa dibuang kulit.
3) 2 kuntum bunga kantan, 1 labu bawang besar dan 1 biji tomato di hiris nipis.
4) 3 tangkai daun bawang dan segenggam daun ketumbar dihiris kasar.
5) 1 cili merah dan 2 cili padi, kalau suka pedas kena tambah cili padi, dihiris halus.
6) jus dari 1 biji lemon atau lebih kalau suka masam, 1/2 sudu besar madu dan garam secukup rasa.

Caranya:
1) Panaskan sedikit air ke dalam periuk dan bila mendidih masukkan udang sekejap hingga masak dan toskan. Bila dah sejuk bolehlah buang kulit dan potong kecil.
2) kemudian masukkan sotong ke dalam periuk di atas dan celur sekejap dan toskan
3) Bahan 3~6 di campur dan di gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan udang dan sotong dan gaul hingga rata.

Sekali sekala buat kerabu udang & sotong best jugak, menyelerakan! 🙂

Hmmm… my favourite, hehe..