Sup Ayam Halba

Assalamualaikum.

Untuk dinner malam ini saya tidak sediakan nasi cuma masak sup ayam halba saja sebab kami sekeluarga hanya nak makan ringan-ringan.

Sup ini khasiatnya banyak, selain digunakan ayam kampung, saya juga masukkan halba dan cendawan shiitake. Disamping itu, saya juga masukkan minyak bijan ke dalam sup dan ini membuat rasa sup lebih enak.

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung dipotong kecil dan dibuang kulit
2) 9 cawan air
3) 1 tsp biji halba
4) 7 ulas bawang putih diketuk
5) 10 ~12 Keping cendawan shiitake segar dihiris
6) 1 biji tomato dihiris nipis
7) 1 1/2 tbsp minyak bijan
8) Serbuk lada putih dan garam secukupnya.

Cara:

1) Rebus ayam sehingga masak.
2) Masuk bahan 3~6 dan reneh selama 15 minit
3) Akhir masukkan bahan 7 & 8

Selamat mencuba 🙂

Advertisements