Sup Tulang karot

Mencari resipi sup tulang yang mudah dan ringkas?

Jom cuba Sup Tulang Karot!

image

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
Air secukupnya untuk merebus tulang lembu
2 batang besar karot
15 ulas bawang merah
60g lengkuas
6 biji buah keras
1 cawan air
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh serbuk jintan manis
Garam secukup rasa

Cara:
1) Rebus tulang lembu sehingga daging empuk. Tambah air ketika merebus jika perlu. Pastikan paras air sentiasa di atas tulang. Bila sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk supaya lemak daging membeku. Kemudian senduk buang semua lemak.
2) Panaskan semula sup tulang
3) Kisar karot, bawang, lengkuas,1 cawan air dan buah keras sehingga lumat.
4) Tuang bahan kisar ke dalam sup. Masukkan lada hitam, jintan manis dan jintan putih. Kacau sehingga rata.
5) Masukkan garam dan masak sehingga kuah sup sedikit pekat.

Sup Tulang Lembu

Assalamualaikum.
Malam ini saya kongsi satu resipi sup tulang lembu yang saya hidangankan untuk iftar sebentar tadi.

Masak sup ini tak susah, cuma mengambil masa yang agak lama untuk empukkan daging. Kalau ada pressure cooker, prosesnya cepat..

Saya mula merebus tulang lembu pagi tadi. Saja masak awal sebab niat saya nak buang lemak dari air rebusan tulang. Healthy lah sikit 🙂
Apabila daging dah empuk, saya biarkan sejuk seketika sebelum saya masukkan dalam peti sejuk. Biarkan lemak dalam sup membeku. Kemudian saya senduk buang semua lemak yang beku itu. Petang sikit baru saya sambung masak sup ini.
Sup ini memang saya sengaja buat pekat dari biasa. Kalau anda jenis yang suka sup cair, bolehlah lebihkan air.

Jom cuba!
image

image

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
2 batang serai
3/4 sudu teh serbuk kasar lada hitam
Air secukupnya
Kentang dan lobak merah dipotong dadu

Masukkan tulang lembu, serai, serbuk kasar lada hitam dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga daging empuk. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.
Garam secukup rasa

Bahan tumis:
Minyak masak secukupnya
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga & 4 bunga cengkih
7 ulas bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dimayang
2 sudu besar rempah sup dan 1 sudu besar rempah kurma di campur air untuk jadikan pes

Bahan kisar: Lumat
1 labu bawang besar
1 batang celery
1/2 batang lobak merah

1) Panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bahan tumis dan masak sehingga bawang kekuningan dan kemudian masukkan pes rempah sup. Masak sehingga terbit minyak.
2) Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga terbit minyak. Kemudian curah ke dalam rebusan daging
3) Renehkan sup sekejap

Sambal Cili Kicap:

20 biji cili padi
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 cawan kicap lemak masin
1 sudu besar jus lemon

Satukan semua bahan dan kisar.

Sebelum dihidang masukkan sedikit sambal cili kicap dan taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
Sup ini sedap juga kalau makan dengan roti.

Sup Selada Air

Assalamualaikum

Hidangan sihat pagi ini sesuai dimakan bersama roti.

Jom baca tentang khasiat selada air

image

image

Bahan-bahan:

1) 100g sayur selada air. Ambil bahagian daun dan batang halus sahaja.
2) 3 1/2 cawan air
3) 50g mentega
4) 1/2 cawan santan pekat/ santan kotak kara
5) 2 tbsp tepung gandum dikacau dengan sedikit air (lebihkan tepung sekiranya suka sup pekat)
6) Serbuk kasar lada hitam
7) Garam secukup rasa

Cara:

1) Masukkan selada air dan mentega ke dalam periuk dan masak sehingga selada air lembut. Padamkan api
2) Masukkan 1 cawan air dan selada air ke dalam pengisar. Kisar sehingga lumat
3) Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk semula dan tambah baki air dan masak sehingga mendidih
4) Kecilkan api dan reneh selama 15~20 minit
5) Masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa
6) Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Mendidih sekejap bolehlah padam api

Selamat mencuba