Tempe Berempah

Salam semua

Resipi malam ini..
Tempe Goreng Berempah

Let’s try

image

Bahan-bahan:

1) 5 keping (kecil) tempe dicuci, toskan dan dipotong dadu
2) Serbuk kunyit
3) 5 tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
4) 5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
5) 1 tsp serbuk ketumbar
6) 1/2 tsp serbuk jintan manis
7) 1/2 tsp serbuk jintan putih
8) 1 kiub ikan bilis maggie dihancur jadi serbuk.
9) Garam secukup rasa

Cara:

1) Tempe digaul kunyit dengan sedikit garam. Goreng sehingga garing dan toskan
2) Tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang kekuningan
3) Kecilkan api dan masukkan jintan putih, jintan manis, ketumbar dan serbuk ikan bilis. Goreng sehingga nampak terbit minyak
4) Masukkan tempe dan kacau sehingga rata dan goreng sekejap
5) Kiub ikan bilis agak sedikit masin jadi rasakan tempe dahulu sebelum ditambah garam

Selamat menjamu selera 🙂

Tempe berserai

Salam semua,

Hari ini saya sediakan resipi untuk peminat tempe.

Yummy!

image

Bahan-bahan:
1) 4 keping tempe dihiris dadu
2) 8 ulas bawang putih tanpa dibuang kulit, dibasuh bersih, diketuk dan dicincang
3) 10 biji cili kering dihiris dan dibuang biji
4) 3 batang serai diketuk.
5) Serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
6) Serbuk lada putih

Cara:
1) Tempe digaul kunyit dan garam secukup rasa.
2) Panas minyak dan goreng tempe
3) Kemudian masukkan bawang putih dan serai
4) Bila tempe hampir nak garing, masukkan cili kering
5) Tempe dah garing, tuang ke dalam penapis, toskan
6) Kemudian tabur serbuk lada putih secukupnya. Gaul sehingga rata

Bila makan dengan nasi, saya suka tempe digoreng sehingga garing dan sedikit masin..