Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

As salam.

Untuk hidangan berbuka semalam, antara masakan yang saya sajikan ialah tempe goreng sambal dengan ikan bilis.
Saya buat agak banyak kerana permintaan anak yang suka tempe goreng sambal. Tak susah mana buatnya, mudah saja.

Tempe goreng sambal boleh tahan lama kalau dimasak sehingga kering. Sedap makan dengan nasi hangat dan kalau nak meratah pun sedap juga 😀

Jom cuba!

image

Bahan-bahan:

3 keping besar tempe dicuci & dipotong kiub kecil
1 mangkuk ikan bilis
3 labu bawang besar dipotong kiub kecil
50 tangkai cili kering dibuang biji & rendam air panas dan dikisar (cili kering ini kurang pedas)
2 keping asam gelugur
Garam
Gula
Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Toskan
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan goreng sehingga garing. Toskan
3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng bawang besar sehingga hampir garing.
4. Masukkan cili kisar, gula, garam & asam gelugur. Kacau sehingga rata. Kecilkan api
5. Masak cili sehingga terbit minyak dan cili kelihatan gelap
6. Masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau sehingga rata dan goreng sekejap di atas api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup

Tempe Bersantan

Salam semua.
Resipi untuk hari ini Tempe Bersantan. 😀

Selamat mencuba..

image

image

Bahan-bahan:

5 keping tempe (saiz kecil) dihiris kecil
1 labu bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
Cili padi dihiris nipis
2 biji buah tomato dibelah dua dan hiris sederhana nipis
Serbuk kasar lada hitam
Serbuk kunyit
4 biji buah keras ditumbuk hancur
1/2 cawan pati santan segar/ santan kotak jenama kara
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:

1) Tempe, garam, serbuk kasar lada hitam dan kunyit digaul rata
2) Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi dan goreng sehingga bawang sedikit garing. Angkat dan toskan
3) Goreng tempe sehingga garing, angkat dan toskan
5) Panaskan sedikit minyak yang bersih, masukkan tomato dan goreng sehingga air tomato kering. Tuang dalam tapis, toskan
6) Masukkan santan, buah keras, garam dan serbuk kasar lada hitam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih di atas api yang kecil.
7) Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng. Kacau sehingga rata dan padam api.