Schizandra.

Semasa di Korea pada bulan jun lepas, saya sempat juga membeli 5 jenis Korea Tea iaitu lotus flower tea, mulberry leaves tea, persimmon’s leaves tea, buck wheat tea dan schizandra fruit tea.

Hari ini, barulah saya mula minum schizandra fruit tea. Masa saya nak buat tea tadi, frustlah juga sebab saya dah tersilap beli. Rasanya, ketika nak beli tu macam ambil schizandra berries rupanya terambil yang dah diproses. 😦

Anyway rasa tea ini, memanglah sedap.

Schizandra, merupakan herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Ia dikenali sebagai herba lima perisa. Ia digunakan sebagai tonik untuk libido lelaki dan wanita, meningkatkan kesihatan hati dan berkesan membantu metabolisma toksin.

Hati adalah organ yang penting untuk kesihatan manusia kerana ia menapis toksin dari darah, membantu pencernaan dan mengeluarkan serta menyimpan nutrien. Schizandra bukan saja melindungi hati dari toksik, tetapi ia juga boleh merangsang pertumbuhan semula sel-sel hati.

Gambar Schizandra berries dari google.

image

Kunyah beberapa biji Schizandra berries setiap hari akan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

image

image

Schizandra terkenal kerana ia dapat memberi kesan yang kuat pada tenaga. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk yang kronik, sesak nafas dan semput serta meningkatkan kesihatan mata.

Dikatakan jika mengambil schizandra selama 100 hari dapat membersihkan darah dan menajamkan minda.

Schizandra selamat diambil untuk jangka panjang. Namun begitu ia tidak boleh diambil semasa hamil atau pesakit yang mempunyai masalah membuang air kecil.

Rujukan:

Herbal Remedies, Andrew Chevallier.

‘Oil Pulling’ & Kesihatan Mulut

Hari ini saya nak berkongsi info tentang ‘oil pulling’ yang dikatakan dapat memberi kebaikan pada kesihatan mulut.
Terapi ‘oil pulling’ ini bermula dari perubatan Ayurveda dan ia melibatkan penggunaan minyak sebagai agen untuk menarik keluar bakteria, kulat dan organisma dari mulut, gigi, gusi dan tekak. Kajian saintifik telah menunjukkan ‘oil pulling’ boleh meningkatkan kesihatan gusi dan gigi secara keseluruhannya.

Pelbagai jenis minyak boleh digunakan seperti minyak organik kelapa dara, minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari. Apabila minyak bercampur dengan air liur ia akan menjadi cecair berwarna putih dan menarik keluar toksin yang berada di dalam mulut..

Faedahnya; mengukuh keseluruhan gigi, gusi dan rahang, mencegah nafas berbau dan kekeringan bibir, mulut dan tekak.
Adalah juga dipercayai bahawa ‘oil pulling’ ini dapat membantu meningkat kesihatan badan kerana bakteria yang berbahaya dapat dikeluarkan.

image

Masukkan 1 atau 2 tbsp minyak ke dalam mulut. Saya lebih suka gunakan 2 tbsp minyak kelapa dara organik. Berkumur-kumur selama 15~20 minit sehingga minyak kelihatan berkerim putih apabila diludah. Jangan tertelan minyak ini kerana ia penuh dengan toksin dan bakteria. Bilas dengan air suam dan gosok gigi seperti biasa.
Untuk berkumur2 minyak selama 15-20 minit, memang agak sukar pada mulanya. Tetapi apabila ia kerap dilakukan, proses ini akan terasa mudah dilaksanakan. Bagi saya melakukan ‘oil pulling’ ini membuat mulut saya rasa segar dan bersih. Perlu melakukan sekurang-kurangnya 2 kali semasa perut kosong pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Ok, Selamat mencuba. 🙂

Health benefits of oil pulling

Oil pulling for a brighter smile and better health

Endive

Endive adalah veggie yang rasanya sedikit pahit. Ia boleh dimasak, dibuat salad atau dimakan seperti ulam. Endive sangat rendah kalori dan kaya dengan zat mineral dan vitamin, terutamanya vitamin folat, A dan K serta tinggi dengan serat. Ia juga boleh membantu penghadaman, membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah dan juga membantu dengan penyingkiran toksin dari saluran penghadaman.

BELGIAN ENDIVE
image

image

image

SALAD ENDIVE & HERBA CHERVIL
image

1) Hiris 2 kuntum endive nipis
2) 1 tbsp minyak bijan
3) jus lemon
4) Herba Chervil dihiris dan garam secukup rasa.
Gaul semua bahan dan biarkan selama 30 minit sebelum dihidang supaya rasa pada salad ini sebati
Bagi saya salad ini memang sedap. Walaupun tidak banyak bahan yang saya gunakan untuk membuat salad ini. Rasa pahitnya tidak terasa….. Entahlah mungkin kerana jus lemon atau pun chervil yang menambah rasa dan membuat salad ini sangat enak dimakan. 🙂

http://endive.com/healthy-eating