Endive adalah veggie yang rasanya sedikit pahit. Ia boleh dimasak, dibuat salad atau dimakan seperti ulam. Endive sangat rendah kalori dan kaya dengan zat mineral dan vitamin, terutamanya vitamin folat, A dan K serta tinggi dengan serat. Ia juga boleh membantu penghadaman, membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah dan juga membantu dengan penyingkiran toksin dari saluran penghadaman.

BELGIAN ENDIVE
image

image

image

SALAD ENDIVE & HERBA CHERVIL
image

1) Hiris 2 kuntum endive nipis
2) 1 tbsp minyak bijan
3) jus lemon
4) Herba Chervil dihiris dan garam secukup rasa.
Gaul semua bahan dan biarkan selama 30 minit sebelum dihidang supaya rasa pada salad ini sebati
Bagi saya salad ini memang sedap. Walaupun tidak banyak bahan yang saya gunakan untuk membuat salad ini. Rasa pahitnya tidak terasa….. Entahlah mungkin kerana jus lemon atau pun chervil yang menambah rasa dan membuat salad ini sangat enak dimakan. 🙂

http://endive.com/healthy-eating

2 thoughts on “Endive

    1. Waaa bagusnya boleh mkn bunga betik, pahit sangat tu..saya tak tahan pahit tu. Endive ni x le pahit sangat, sedap…hmm tq, bagi idea pada saya, nanti boleh cuba buat kerabu endive… 🙂

Leave a comment