Masak Lemak Labu Ubi Kayu

Bila saya hidangkan masakan ini pada mak saya, katanya, dia suka makan masakan macam ni.. saya rasa sangat gembira melihat mak saya makan dengan berselera sekali. 😀

image

MASAK LEMAK LABU UBI KAYU
image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk ubi kayu yang telah disagat/parut
2) 1 mangkuk labu
3) Beberapa ketul ikan masin kurau yang telah digoreng, cili padi dan serbuk kunyit ditumbuk hancur
4) Cili padi
5) 3/4 cawan air dan 1 cawan santan pekat atau 1 kotak kecil santan kara
6) Lada hitam dan garam.

Caranya:
1) Masak 3/4 cawan air dan masukkan bahan yang ditumbuk dan labu. Bila labu hampir lembut masukkan ubi kayu.
2) Bila ubi kayu dah masak masukkan santan, lada hitam, beberapa biji cili padi dan garam secukup rasa.
3) Mendidih je santan bolehlah tutup api.

Masakan ini agak pekat dan sekiranya prefer cair sedikit, kurangkan ubi kayu.
Sedap dimakan dengan daging goreng rempah ketumbar 😉

My simple lunch.

Tengah hari ini tidak terasa pula nak makan nasi. Saya cuma nak makan something simple je seperti sup ayam ubi kayu. Makan macam ini pun dah rasa kenyang. No no, bukan nak diet, hehe..

Meh kita tengok apa kelebihan ubi kayu pada tubuh badan.

Ubi kayu bukan sahaja berkhasiat, kadang-kadang keseluruhan tumbuhan ini digunakan dalam ubat-ubatan herba. Ia mengandungi serat yang baik untuk kesihatan dan mempunyai hampir dua kali ganda kalori daripada kentang. Ubi kayu tidak mengandungi gluten dan kandungan nutrien yang terdapat dalam ubi kayu boleh meningkatkan sistem imun.

Jom cuba resipi ini. 🙂

Ubi kayu yang telah disagat.
image

SUP AYAM UBI KAYU
image

Bahan-bahan:
1) 1/2 ekor ayam kampung & air secukupnya
2) 1 mangkuk ubi kayu yang telah disagat
3) 2 biji tomato dibelah dua
4) Serbuk lada sulah dan garam
5) 1 tbsp minyak zaitun.

Rebus ayam dan tomato sehingga masak. Kemudian masukkan ubi kayu dan lada sulah. Dah masak baru masukkan minyak zaitun dan garam secukup rasa.

Ubi kayu sedap juga jika dibuat pengat atau direbus gitu je dan makan dengan sambal tumis ikan bilis. Memang menyelerakan 🙂

Ubi kayu

Petang Ahad yang lalu saya rebus ubi kayu. Bila ubi kayu dah masak,saya biarkan sejuk, saya panas kan butter, masukkan madu + lada hitam + sedikit garam. (lebih banyak butter dan madu lebih sedap) Kacau sebati. Kemudian masukkan ubi kayu dan kacau dengan rata. Bakar dalam oven. Resepi ini sama dengan labu butternut yang saya buat dahulu cuma tukar labu kepada ubi je. Resipi penuh boleh dirujuk kepada resepi butternut.

image

Selepas solat
best kalau makan ubi kayu + minum nescafe

SELERA RAMADAN