Nasi Kerabu Kacang Panjang

Baru-baru ini semasa di pasar tani, saya beli banyak daun-daun ulam. Dah lama saya tak buat nasi kerabu goreng dan sedap juga kalau sekali sekala kita berbuka puasa dengan nasi macam ini.
Biasanya bila goreng nasi kerabu, berbagai jenis ulam kita masukkan. Tapi semalam, saya masukkan juga kacang panjang supaya ada rasa kelainan sedikit. Memang sedap lagi-lagi bila menguyah kacang panjang tu, bunyi krup krap, krup krap, mmm…terasa kerangupannya, hehe…

Anyway, jom tengok satu menu yang ringkas tapi kaya dengan ulam-ulaman yang berkhasiat. 🙂

image

Bahan-bahan:

Nasi sejuk untuk 5 ~ 6 orang makan.
1) 6 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan cili padi dihiris nipis
2) Ikan masin kurau dihiris kecil-kecil. Kalau letak banyak ikan masin, nasi kerabu akan lebih terasa sedap.
3) Ulam: daun kesom, daun putat, daun gajus, daun selom, daun tenggek burung, daun kaduk dan daun mengkudu diracik. Berapa banyak? agak2lah ya..
4) 2 kuntum bunga kantan, 4 helai daun limau purut dan 2 batang serai dihiris nipis
4) 5 tangkai Kacang panjang dihiris 1 cm

Cara:
1) Tumis bahan no. 1 hingga kekuningan dan masukkan ikan masin.
2) Bila ikan masin hampir nak garing masukkan nasi dan kacau sehingga rata.
3) Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang baki dan kacau sehingga rata.
4) Kalau dah letak banyak ikan masin mungkin tidak perlu masukkan garam.

Ok. Selamat berbuka…

Khasiat Daun Beluntas

Jom baca kelebihan daun beluntas…

Minum air rebusan daun beluntas boleh menurunkan suhu panas pada badan dan melegakan sakit pinggang. Ia juga mampu menghilangkan bau badan.

image

Rasanya sedap dan lemak boleh meningkat selera makan. Jadi bagi sesiapa yang bercadang nak naikkan berat badan bolehlah makan atau minum air rebusan daun beluntas ini. 🙂

Rujukan:
Che Aniha Che Isahak : 99 HERBA