Zucchini rolls

Ini adalah kali pertama saya buat zucchini rolls. Asalnya saya nak makan zucchini segar dengan telur je. Tiba-tiba terfikir, kenapa tidak saya cuba buatkan dan tengok apa hasilnya…

Sos telur kegemaran saya 🙂
image

image

image

Bahannya:

1) Satu biji Zucchini dibelah dua dan dihiris memanjang, goreng dengan sedikit minyak je agar tidak melekat dan balik2an (jgn nipis sangat, nanti susah nak balikkan semasa mengoreng)
2) Sebiji telur rebus dicampur dengan 1tbsp philadephia soft cheese, sedikit bawang besar yang dicincang, 1 tbsp sos salad, lada hitam dan garam secukup rasa. Lenyek telur hingga hancur dan gaul hingga sebati.

Saya rasa zucchini rolls ni sesuai sebagai appetizer..
Sedap? Bagi saya bestt!
Selamat mencuba dan semoga ada yang suka 😀

Zucchini pancakes

Saya selalu beli zucchini tapi inilah kali pertama saya beli zucchini kuning. Rasa sama saja macam yang hijau, cuma warna kuning ni nampak agak menarik, tu je. 🙂

Resipi hari ini ialah zucchini pancakes.
Jom kita tengok macam mana nak buat pancakes ni
yesss! mudah je..

image

image

image

image

image

image

Panaskan oven pada suhu 180°C
Bahan-bahan:
1) 1 zucchini di sagat. Bahagian biji dibuang.
2) 3 tangkai daun bawang di hiris.
3) 2 biji telur di pukul dan masukkan secubit rosemary, 1 tsp nutritional yeast, sedikit lada hitam, dan garam secukup rasa. Dikacau hingga rata.
4) 2 tbsp gandum.

5) Philadephia cheese

 

Caranya:
1) Masukkan zucchini dan daun bawang ke dalam adunan telur. Kacau dan masukkan tepung gandum dan gaul hingga rata.
2) Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan zucchini dan masaklah seperti lempeng. Balikkan bila bahagian bawah dah masak.
3) Taburkan philadephia soft cheese ke atas pancake dan kemudian letakkan satu lagi lapisan pancake.
4) Sebelum bakar taburkan lagi cheese ke lapisan atas dan bakar selama 8~10 minit. Keluarkan dari oven dan ratakan cheese di atas pancake.

Sesuai dihidang untuk sarapan pagi atau minum petang.. 🙂

Khasiat Salad Zucchini

Zucchini yang kaya dengan serat mampu membantu pergerakan usus yang sihat, mencegah toksin berada didalam kolon, menghalang sembelit, membantu penghadaman dan mencegah pembentukan kolesterol. Zucchini juga mengekalkan paras gula rendah dalam darah dan menghalang aterosklerosis.

Kajian menunjukkan phytonutrient yang terdapat dalam zucchini boleh membantu mengurangkan kelenjar prostat yang membesar; yang mana ini memberi komplikasi kepada fungsi kencing dan seksual di kalangan lelaki.
Khasiat zucchini yang lain adalah anti radang, menghalang asma, osteoartritis, rheumatoid arthritis, mengurang risiko serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meringankan tekanan pada sistem peredaran darah dalam badan.

Mineral manganese yang terdapat dalam zucchini boleh membantu badan memetabolismekan protein dan karbohidrat serta ia juga membantu dalam pengeluaran hormon seks. Manganese juga meningkatkan tahap enzim superoxide dismutase bagi melindungi mitokondria terhadap tekanan oksidatif.

image

Sebiji zucchini disagat dan diperah keluarkan air (air perahan jangan dibuang, boleh di minum kerana ia sangat berkhasiat) dan di campurkan dengan 1 1/2 tbsp minyak bijan dan 2 tbsp bijan yang digoreng tanpa minyak. Saya juga masukkan sedikit rumpai laut wakame yang direbus terlebih dahulu dan di bilas dan diperah ke dalam zucchini. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
image

image

Zucchini yang sangat rendah kalori ini bagus juga dijadikan salah satu pilihan utama untuk di makan bagi mereka yang merancang hendak mengurangkan berat badan 🙂

Sumber:

Health benefits of Zucchini


Health benefits of zucchini juice