Saya selalu beli zucchini tapi inilah kali pertama saya beli zucchini kuning. Rasa sama saja macam yang hijau, cuma warna kuning ni nampak agak menarik, tu je. πŸ™‚

Resipi hari ini ialah zucchini pancakes.
Jom kita tengok macam mana nak buat pancakes ni
yesss! mudah je..

image

image

image

image

image

image

Panaskan oven pada suhu 180Β°C
Bahan-bahan:
1) 1 zucchini di sagat. Bahagian biji dibuang.
2) 3 tangkai daun bawang di hiris.
3) 2 biji telur di pukul dan masukkan secubit rosemary, 1 tsp nutritional yeast, sedikit lada hitam, dan garam secukup rasa. Dikacau hingga rata.
4) 2 tbsp gandum.

5) Philadephia cheese

 

Caranya:
1) Masukkan zucchini dan daun bawang ke dalam adunan telur. Kacau dan masukkan tepung gandum dan gaul hingga rata.
2) Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan zucchini dan masaklah seperti lempeng. Balikkan bila bahagian bawah dah masak.
3) Taburkan philadephia soft cheese ke atas pancake dan kemudian letakkan satu lagi lapisan pancake.
4) Sebelum bakar taburkan lagi cheese ke lapisan atas dan bakar selama 8~10 minit. Keluarkan dari oven dan ratakan cheese di atas pancake.

Sesuai dihidang untuk sarapan pagi atau minum petang.. πŸ™‚

Advertisements

6 thoughts on “Zucchini pancakes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s