Zucchini yang kaya dengan serat mampu membantu pergerakan usus yang sihat, mencegah toksin berada didalam kolon, menghalang sembelit, membantu penghadaman dan mencegah pembentukan kolesterol. Zucchini juga mengekalkan paras gula rendah dalam darah dan menghalang aterosklerosis.
Kajian menunjukkan phytonutrient yang terdapat dalam zucchini boleh membantu mengurangkan kelenjar prostat yang membesar; yang mana ini memberi komplikasi kepada fungsi kencing dan seksual di kalangan lelaki.
Khasiat zucchini yang lain adalah anti radang, menghalang asma, osteoartritis, rheumatoid arthritis, mengurang risiko serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meringankan tekanan pada sistem peredaran darah dalam badan.
Mineral manganese yang terdapat dalam zucchini boleh membantu badan memetabolismekan protein dan karbohidrat serta ia juga membantu dalam pengeluaran hormon seks. Manganese juga meningkatkan tahap enzim superoxide dismutase bagi melindungi mitokondria terhadap tekanan oksidatif.
Sebiji zucchini disagat dan diperah keluarkan air (air perahan jangan dibuang, boleh di minum kerana ia sangat berkhasiat) dan di campurkan dengan 1 1/2 tbsp minyak bijan dan 2 tbsp bijan yang digoreng tanpa minyak. Saya juga masukkan sedikit rumpai laut wakame yang direbus terlebih dahulu dan di bilas dan diperah ke dalam zucchini. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Zucchini yang sangat rendah kalori ini bagus juga dijadikan salah satu pilihan utama untuk di makan bagi mereka yang merancang hendak mengurangkan berat badan 🙂
Sumber:
zucchini = timun jepun??
Zucchini bukan timun jepun. Sayur ni isinya gebu sikit dan tidaklah ranggup bila dimasak. 🙂