Tengah hari tadi terpandang saya pada pokok aloe vera di tepi rumah. Tidak banyak yang saya miliki, cuma sepasu saja. Dah lama jugalah tanam pokok ini tapi lambat sungguh nak membesar, agaknya mungkin tak pernah letak baja, hehe..

Pokok aloe vera ada pelbagai jenis, yang selalu saya tengok orang tanam ialah daunnya yang tirus panjang. Saya diberitahu, pokok aloe vera yang berkhasiat ialah yang daun tebal dan lebar, pokoknya besar.
Saya pernahlah cuba makan daun aloe vera ini, rasa boleh tahan juga cuma berlendir. Lendir aloe vera ini dikatakan baik untuk kulit, untuk awet muda. Pernahlah juga saya cuba sapu dimuka, tapi tidak sesuai dengan kulit saya, gatal dibuatnya 😀

image

image

Banyak kajian saintifik telah dilakukan di negara barat dan mereka mendapati aloe vera mengandungi banyak khasiat. Jus aloe vera ini menguatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, melegakan sakit otot dan sendi, boleh merawat parut dan luka, meningkatkan penghadaman dan membantu menyahkan toksik dalam badan, merawat sembelit, baik untuk diabetes kerana ia merendahkan gula darah, gastrik, membantu meningkatkan pengeluaran mukosa perut, merawat ulcer usus, anti radang, anti bakteria dan anti kulat.

Bagi saya dan keluarga, sekiranya kami rasa makanan tidak hadam, perut rasa sebu atau kembung kami akan minum sebanyak 1/2 cawan jus aloe vera. InsyaAllah biasanya sebanyak itu dah boleh melegakan badan. Itu lah amalan kami sekeluarga jika sekiranya kami perlu mengambil jus aloe vera. Anyway, terdapat peraturan mengambil jus aloe vera dilabel botol- sebanyak 2~8 sudu sehari. Jadi adalah baik untuk mengambil jus aloe vera dalam jumlah yang sedikit sehingga anda tahu bagaimana badan anda bertindak balas. Bagi wanita yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum jus aloe vera.

Bila kita potong daun aloe vera, kita akan lihat selain lendir putih terdapat juga cairan yang berwarna kuning. Cairan ini baik untuk orang yang menghadapi masalah sembelit. Cairan ini tidak boleh diambil selalu kerana ia akan memberi masalah kemudian hari. Cairan kuning ini akan menyebabkan usus kita akan bergantung padanya bila perlu membuang air besar.

Jus Aloe Vera senang didapati. Kalau nak beli, dapatkanlah yang organik dan berkualiti tinggi. Saya sentiasa stok jus aloe vera di rumah sebab pengalaman membuat saya tahu keberkesanannya pada tubuh badan. InsyaAllah.

Anda nak tahu bagus ke tidak jus aloe vera, kenalah cuba.. 🙂

7 thoughts on “Khasiat Aloe Vera sangat menarik.

  1. petua yg sgt berguna…boleh bantu suami saya yg selalu sebu kalau tersilap makan….terima kasih puan

    1. Saya tidak tahu kesan sampingan jika diambil terlalu lama tanpa henti. Saya pernah berbincang dengan pharmacist; mengambil herba atau sebarang supplements seperti vitamin, selepas tiga atau empat bulan perlu berhenti sekejap sebelum sambung mengambil semula… adalah lebih baik. wallahua’lam

Leave a comment