Pagi tadi saya menemani anak perempuan kekedai Al Munawarrah di Taman Tun Dr Ismail untuk membeli barang2 keperluan bagi mengerjakan Umrah. Esok dia dan suaminya akan berlepas ke Mekah pada jam tiga petang. Moga Allah memudahkan perjalanan dan segala urusan mereka.
Tidak dapat digambarkan, saat yang paling indah, ketika memandang Baitullah. Airmata akan mengalir, hati menjadi sayu, jiwa akan merasa
tenang. Sesungguhnya setiap diri yang berada disitu akan sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa, memohon keampunan dan keredhaannya. Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi kepada keikhlasan hati. Setiap ibadah yang tulus kerananya di berinya ganjaran, mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Menjadi tetamu Allah diMekah AlMukarramah, di MasjidilHaram, Subhanallah, sesungguhnya amat beruntung tetapi Perlulah menjaga tingkahlaku supaya kita tidak tergolong dalam kalangan orang2 yang rugi. Kita tidak mahu segala amal ibadat menjadi sia2 dek kerana kejahilan, tiada ilmu. Disana menuntut kita agar banyak bersabar. Oleh kerana itu kita perlulah ada persiapan fizikal dan mental.
Melangkah masuk ke masjid An Nabawi, masjid Rasulullah s.a.w sambil selawat keatas baginda, diri akan berasa bertuah kerana berpeluang mengerjakan ibadah dan melawat makam Rasulullah s.a.w. Dapat mengerjakan solat dan berdoa di ar Raudah, yakni salah satu dari taman2 syurga, tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya setiap hati yang berada disitu…..Tiada kata seindah bahasa untuk mengambarkan perasaan ketika itu.
Ya Allah terimalah ibadat kami, ampunkan dosa kami. Jauhkan kami dari azab kubur dan azab neraka. Masukkan kami kedalam syurga mu. Kami amat berharap keredhaan mu….