Dalam pesawat.

Sedang menunggu makanan tengah hari.

Saya merancang lepas ni nak diet secara serius. Bolehkah Chia seeds membantu menurunkan berat badan? Harap2 berjaya! Kalau masih kekal begini, ok jugak le asalkan badan ini sihat selalu, Alhamdulillah. Betul ke fat is beautiful? Bagi di setengah negara, mungkin..

Saya ada seorang kawan dari Mesir. Katanya, suaminya suka kalau dia makan banyak dan suka melihat dia gemuk. Bukan suaminya je, ramai lelaki Mesir begitu. Emm?
Bagaimana dengan lelaki Malaysia? Suami saya?  Saya selalu kata pada suami, orang perempuan bila meningkat usia, elok le gemuk sikit. Kulit muka akan nampak tegang dan wajah akan nampak muda. Ia ke?
Bila saya berjaya kurus nanti, hmm  saya akan cari kata2 lain yang menarik untuk diujarkan kepadanya. Seperti, I think slim woman looks more beautiful! Don’t you think so dear? hehe

Kelihatan menarik itu penting bagi setiap wanita terutama di depan suami. Suami? Sama penting juga, mesti juga dilihat menarik oleh isteri. Baru le sama2 sedap mata memandang. Walaubagaimanapun menjaga kesihatan tidak boleh diabaikan. Itu yang paling penting!

Oops! Makanan dah sampai. 🙂

image

image

Appetiser.

image

Beef fillet.

image

Dessert, kek oren.

Alhamdulillah. Dah kenyang. Sekarang nak rehat.

Bon voyage

Ketika ini saya di Mas lounge sementara menunggu panggilan menaiki pesawat. Dah 8 hari disini. Rasa tak sabar nak balik rumah. Well, ‘home sweet home’.

Bagi saya tiada tempat yang paling indah, melainkan Malaysia. Seronok jalan2 makan angin, tengok negara orang. Walau bagaimana pun Malaysia juga yang best.

Penerbangan ke Kuala Lumpur jam 2 petang. Sempat nak jamu selera.

image

Vegetable herbal soup.

Teringat saya pada satu perbualan dengan seorang teman. Kata dia, ‘ anak2 dah besar, sekarang ni dia fikir nak jalan makan angin ke luar negara je. Nanti bila dah tua dah tak larat, baru duduk dirumah. Saya? Best jugak kalau macam tu!

image

Cuppucino, cheese cake, popiah dan wantan goreng.

Dah nak naik pesawat. Jumpa di Malaysia. InsyaAllah. Good bye Australia……

Berries ( Acai dan Goji )

Hari ni rasa best sangat dapat beli dua jenis  ‘Berries’ kegemaran saya. Acai dan Goji.

image

image

Acai berry berasal dari hutan amazon. Mengandungi antioksida yang tinggi dibanding dengan buah2 seperti anggur, blueberry, blackberry dan cherry.
Baik untuk kesihatan jantung, kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, vitamin B yang dapat mengurangkan tahap stres, meningkat tahap tenaga, bagus untuk mata, melindungi arteri dan kapilari juga pembuluh darah dan saluran darah.
Acai berry dikatakan dapat membantu meredakan sakit sendi dan menguatkan sistem ketahanan badan. Kandungan kalsium yang tinggi sangat baik untuk tulang.

Saya tidak pernah jumpa acai berry yang dikeringkan dan selalu beli dalam bentuk serbuk atau jus. Tidak seperti goji berry.

image

Saya makan goji berry macam makan kismis atau makan bersama oat. Seperti juga acai berry, kandungan nutriennya sangat tinggi. Kaum cina sangat gemar pada goji berry. Mereka akan masukkan goji berry kedalam masakan terutama dalam’ vegetable herbal soup’ dan sup ayam. Goji berry boleh dimasukkan kedalam pelbagai masakan. Saya tak pernah masak kari atau masak lemak masuk goji berry, tapi kalau nak buat satu kelainan dalam masakkan anda apa salahnya. Boleh le cuba. Mungkin sedap!!

Berilah pada anak2 acai dan goji kerana berries2 ini sangat baik untuk tumbesaran mereka.