Hari ni rasa best sangat dapat beli dua jenis ‘Berries’ kegemaran saya. Acai dan Goji.
Acai berry berasal dari hutan amazon. Mengandungi antioksida yang tinggi dibanding dengan buah2 seperti anggur, blueberry, blackberry dan cherry.
Baik untuk kesihatan jantung, kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, vitamin B yang dapat mengurangkan tahap stres, meningkat tahap tenaga, bagus untuk mata, melindungi arteri dan kapilari juga pembuluh darah dan saluran darah.
Acai berry dikatakan dapat membantu meredakan sakit sendi dan menguatkan sistem ketahanan badan. Kandungan kalsium yang tinggi sangat baik untuk tulang.
Saya tidak pernah jumpa acai berry yang dikeringkan dan selalu beli dalam bentuk serbuk atau jus. Tidak seperti goji berry.
Saya makan goji berry macam makan kismis atau makan bersama oat. Seperti juga acai berry, kandungan nutriennya sangat tinggi. Kaum cina sangat gemar pada goji berry. Mereka akan masukkan goji berry kedalam masakan terutama dalam’ vegetable herbal soup’ dan sup ayam. Goji berry boleh dimasukkan kedalam pelbagai masakan. Saya tak pernah masak kari atau masak lemak masuk goji berry, tapi kalau nak buat satu kelainan dalam masakkan anda apa salahnya. Boleh le cuba. Mungkin sedap!!
Berilah pada anak2 acai dan goji kerana berries2 ini sangat baik untuk tumbesaran mereka.
Salam Puan Kasih, biasanya puan beli acai dan goji ni di mana?
Goji senang didapati di supermarket jusco, yang organik pun ada. Tapi kalau Acai susah juga nak dapat. Cuba di GNC
salam puan….macam mana nak beli acai berry dan goji seperti gambar diatas
Waalaikumussalam. Acai berry dan goji yg seperti gambar di atas tu saya beli di Sydney, Australia..
Goji senang di dapati di kebanyakkan supermarket di sini. Manakala Acai berry agak sukar untuk mendapatkannya…