Khasiat daun sirih

Terdapat pokok sirih di belakang rumah dan saya dapati pokok ini senang tumbuh  walaupun tidak pernah dibaja. Pokok ini hidup dengan sangat subur hinggakan saya perlu mencantasnya selalu. Entah kenapa begitu segar bugar pokok ini. Kalaulah semua pokok di rumah macam ini tanpa perlu penjagaan, kan best. 

image

Daun sirih banyak manfaat 

image
Setiapkali ada majlis pernikahan, sudah menjadi lumrah orang-orang Melayu akan menyediakan sirih junjung sebagai satu hantaran pengantin perempuan kepada pihak lelaki.

Sebenarnya daun sirih mengandungi sangat banyak khasiat untuk tubuh badan.

Air daun sirih boleh diminum seperti teh dengan merebus 5 atau 6 daun sirih yang matang dengan 2 cawan air selama 15 minit dan di minum pada pagi dan petang, dapat melegakan pening kepala, boleh mengatasi masaalah keputihan yang menggangu sebahagian wanita dan menyembuh dari cirit birit.

Rendam daun sirih dalam semangkuk air dan ramas daun ini dan gosok pada kulit badan, bukan saja dapat menghilangkan bau badan malah boleh menghaluskan kulit. Air daun sirih dapat mencuci bahagian sulit yang gatal. Tapi kenalah buat selalu baru berkesan.

Untuk menghilang bau mulut dan mencegah kerosakan gigi ambil beberapa helai daun sirih, basuh dan kunyah kemudian berkumurlah.

Daun sirih dikunyah hancur, airnya ditelan untuk hilangkan batuk dan lelah.

Bagi wanita yang menyusu, menghadapi bengkak dada. Layurkan daun sirih, bila suam tekapkan keatas dada.

Tumbuk daun sirih sampai lumat dan letak dibahagian sendi yang sakit boleh melegakan sakit2 sendi.

Cubalah petua diatas bagi yang menghadapi masaalah. Mungkin petua2 ni mujarab. Setiap penyakit ada ubatnya. Kita kena berusaha mencari dan mencuba. InsyaAllah.

Pisang goreng dan kesihatan.

Benarkah dakwaan sesetengah pihak mengatakan pisang goreng boleh memudharatkan kesihatan tubuh badan?

Dah lama saya tidak beli pisang goreng yang dijual digerai2 ditepi jalan. Selalunya saya tengok minyak dah jadi hitam masih digunakan untuk menggoreng pisang. kalaulah begini memang sah lah makan pisang goreng boleh menyebabkan badan mendapat pelbagai penyakit. Saya? Nak makan pisang goreng, beli pisang dipasar malam dan goreng dirumah. Tak perlu nak risau2.

Suatu ketika dulu heboh dikatakan botol air mineral dimasukkan kedalam minyak bagi meranggupkan pisang goreng. Sejauh manakah kebenaran  itu?

Adik saya pernah ternampak air botol mineral dan pisang digoreng bersama. Memang betul tidak semua yang buat begitu, namun kita sebagai pembeli haruslah peka demi keselamatan tubuh badan kita. Jangan dibiar orang yang tidak bertanggung jawab merosakkan kehidupan kita.

Pastikan tindakan yang terbaik diambil demi kesihatan diri kita.

Dibengkel kereta bersama mama.

Ketika ni saya menemani mama saya di bengkel kereta, untuk servis keretanya kerana esok dia dan adik saya akan bertolak balik ke Alor Setar.

image

Bagi saya mama seorang wanita yang hebat. Di usia yang kini menjangkau hampir 73 tahun dia masih mampu memandu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana mama sentiasa sihat. Semoga mama panjang umur dan dilindungi Allah selalu.

Mama ketika muda, seorang yang pandai memasak dan menjahit. Saya tidak memiliki bakat menjahit darinya. Memasak? Kata anak2 saya masakkan saya best. Bangga juga bila dengar anak2 kata gitu.

Mama suka mengaji quran dan kadangkala dia juga mendendangkan lagu2 lama.
Mama seorang yang aktif. Adakah saya mampu aktif sepertinya jika  Allah takdirkan saya panjang usia?

” ya Allah ku pohon pada mu, kurniakan kehidupan yang terbaik untuk mama ku diDunia dan diAkhirat.”

Mama engkaulah Ratu hatiku.