Ketika kami di airport, Alor Setar pada 3 syawal, kelihatan lengang disitu. Penerbangan pulang jam 11.30 pagi ke Kuala Lumpur

image

Tak sangka tak ramai orang kat airport. Selalunya kami balik kampung naik kereta, tapi bila kenangkan terpaksa tempuhi kesesakan di jalan raya, tahun ni buat keputusan ambil ‘flight’

image
Ummm…beberapa orang sedang menjala ikan di parit bersebelahan sawah padi

image

Bendang, jauh kelihatan bangau…

image
sehari sebelum raya hujan

image

image
tenang dan nyaman
image
Tiap kali balik kampung, bila ada kelapangan masa, saya suka menaiki kereta bersiar2 melihat persekitaran bendang.

Alhamdulillah ada kesempatan merakam gambar2 pemandangan di kawasan bendang di Pendang, Kedah. Pemandangan tidak seindah ketika padi sedang menguning atau ketika hampir musim menuai.

Teringat zaman kanak2. Kampung saya terletak di Bandar Alor setar bertentangan dengan stadium Darul Aman. Depan stadium ni ada sebatang sungai. Dulu2 kalau nak balik rumah tok wan kena naik sampan, now no more! really miss all that!! dah ada jalan tar terus masuk ke kampung. Bendang dekat rumah tok wan pun dah tak ada, dah jadi taman perumahan.

Kampung tok wan dah sunyi sejak tok wan tak ada. Rumah tok wan adalah tempat semua saudara mara berkumpul tapi kini tidak lagi sebab arwah abah, bapa saudara dan mak saudara, ramai dah meninggal. Dulu2 raya sungguh meriah, ziarah menziarahi. Sekarang ni tidak lagi. Budak2 kalau datang rumah bukan lagi nak masuk, cuma bagi salam dan nak duit raya hahaha… remaja2 lebih suka duduk di rumah mengadap tv!! kadang2 terfikir kalau lah begini selalu, lama kelamaan tak kenal saudara mara….

Sembahyang sunat syawal di masjid Al Bukhari, Alor Malai kelihatan meriah. selepas solat ziarah kubur arwah abah, tiap kali ke situ hati terasa sedih dan sayu, miss him so much!! semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat….

Alhamdulillah, saya sangat gembira di Hari Raya, kerana semua ahli keluarga saya di beri Allah kesihatan yang baik terutama ibu saya…
Apakah yang penting di hari raya? Bagi saya, it is to make my mum and family happy!!!!

3 thoughts on “Syawal

  1. Hijau dn cantik sungguh kampung org kedah ye..tak sangka tak jauh dr kawasn bandaraya pun masih byk di keliling dgn sawah2..

  2. suasana yang mendamaikan especially selepas waktu subuh kan… udara nyaman dan segar … macam terbau-bau dari sini 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s