Pertama kali saya dengar nama ulam ni, tenggek burung, saya tak dapat nak tahan ketawa. Bagi saya nama ulam ni sangat lucu!! ketika tu hati tertanya2, adakah kerana burung2 suka hinggap di pokok ini, maka di berinya nama pokok ini tenggek burung?? haha..
Jangan pandang pada nama!! pandang pada khasiatnya!!
Tenggek burung ni biasanya di makan pucuk segar sebagai ulam. Rasanya lemak dan kelat2 sikit. Makan dengan sambal tempoyak memang menyelerakan.
Tenggek burung di percayai boleh merawat tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah ( di katakan ulam ni sangat baik untuk kaum lelaki), menghilangkan lenguh di badan, mengecutkan rahim wanita yang baru bersalin dan menyegarkan badan.
Pengambilan ulam perlu juga berhati2. Bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti tekanan darah rendah, kalau makan ulam yang merendah tekanan darah, maka ni akan mendatangkan kesan buruk, begitu juga kalau kadar gula dah rendah dan makan pulak ulam yang menurunkan paras gula, sudah pasti akan memberi kemudharatan pada tubuh. Walaupun begitu, ambil lah ulam yang hanya memberi kesan positif kepada kesihatan badan…
Mcmana ek org yg mkn ubat drh tinggi dlm masa yg sama makan ulam jenis2 tu..tak risau ke?
Ada ulam yang boleh menyebabkan darah menjadi cair seperti juga dengan ubat darah tinggi. Darah terlalu cair boleh memudharatkan kesihatan sesaorang, hmm… jadi kenalah berhati2
Baru2 ni sy brpeluang makan ulam ni..pd setiap peminat ulam, kalau tak prnah cuba, RUGI LER!
jika di indonesia nama-nya apa ya?
Saya tidak tahu nama apa dipanggil ulam ini di Indonesia..