Dah lama tak makan petai!! Tahu petai tu berkhasiat tapi oleh kerana ia boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan membuat saya jarang sekali beli petai. Hmm… awal pagi tadi suami pergi ke pasar tani. Dia memang suka sangat makan ulam-ulaman, jadi banyak ulam kegemarannya seperti petai, pegaga, terung pipit dan tenggek burung di belinya. Bila nampak petai, teringin la tu. Tunggu saya belikan, tak beli2 hehe..
Berbicara tentang si petai ni, orang yang sering makan petai boleh menghindari diri daripada mendapat kencing manis. Bukan tu saja, dikatakan boleh merawat penyakit jantung, mencuci buah pinggang dan membunuh cacing di dalam perut dan usus.
Petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi di samping terdapat juga mineral kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C
(Khasiat petai berkurang bila dah kecut)
Petai juga boleh menyegarkan tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman, mengelak gejala sembelit, mampu mengurangkan risiko mendapat anemia, mengawal paras gula, menurun tekanan darah tinggi, boleh merawat masalah hati, busung dan bengkak ginjal dan mengurangi risiko strok.
Kandungan serat yang tinggi membuat petai sangat baik untuk pencernaan. Petai juga dikatakan mampu menurunkan suhu panas pada badan. Daun petai direbus dan diminum untuk merawat demam kuning.
Buku ini salah satu sumber rujukan.
Walaubagaimana pun elaklah memakan petai pada kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit
Kesederhanaan dalam apa jua biasanya itu yang terbaik…
Petua hilangkan bau petai di mulut;
1/ Kunyah bunga cengkih
2/ kunyah terung
3/ kunyah beras
Bukan je petai sedap, jering..buah genuak pun ‘geng’ tu jgk tapi ttg khasiat sy tak tahu..tapi sy lebih suka menepis atau mengelak…